Wednesday, May 16, 2012
Monday, May 7, 2012
Projek Pembinaaan Bilik Air Untuk Kemudahan Pengguna Kabin KRT & Balai Komuniti
KRT RPP1 telah mendapat peruntukan dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bagi membina bilik air/tandas 2 pintu untuk kegunaan orang ramai yang sedang mengunakan Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Projek ini telah dimulakan sejak pertengahan April 2012 dan akhirnya siap dibina pada 4 Mei 2012 yang lalu.

Bilik air yang telah siap dibina untuk kegunaan
KRT/SRS RPP1

Bilik air yang telah siap dibina untuk kegunaan
Tuesday, April 10, 2012
11 April 2012 Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke 14 - DAULAT TUANKU

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhum Tuanku Badlishah
Dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hajjah Haminah Binti Hamidun

Program Ronda - Ronda Bersama Pemimpin, Polis & Masyarakat
Pada Sabtu 7 April 2012, KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pekarangan Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini dirasmikan oleh En. Khairil bin Malik, Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri bagi mewakili YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas, En. Roslan Hassan wakil Pegawai Perpaduan Daerah JB dan wakil dari PDRM IPD Seri Alam.
Turut diadakan pengisian ialah majlis sambutan Maulidur Rasul oleh para ibu - ibu Jiran Wanita KRT RPP1 dan Pertandingan Night Xplore Race anjuran Jiran Muda RPP1 bersama Echo Rovers Crew. Seramai lebih 150 orang terdiri dari kanak - kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun menyertai pertandingan ini. Diakhir perasmian para VIP dengan SRS KRT RPP1, polis dan masyarakat setempat bersama - sama mengadakan rondaan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ditamatkan pada jam 1.00 pagi.

wakil rasmi YB Ahli Parlimen Pasir Gudang
rondaan ini
diri bagi menyertainya
acara persembahanya
Race oleh En. Khairi Malik
dan En. R. Sabapathy bersama polis dan penduduk
mengadakan rondaan malam
Kategori
Aktiviti,
Jiran Muda,
Jiran Wanita,
Keselamatan,
Komuniti,
KRT,
SRS
Thursday, March 29, 2012
Earth Hour Malaysia 2012

Ambillah masa selama 1 jam untuk menyumbang kepada keprihatinan anda dalam isu alam sekitar dan pemanasan global. Hentikan penggunaan elektrik dari 8.30 mlm sehingga 9.30 mlm pada 31 Mac 2012. Semoga langkah kecil kita ini akan membawa kepada kesejahteraan sejagat. Tutup lampu pada 31 Mac 2012.
Kategori
Makluman
Friday, February 10, 2012
Saturday, February 4, 2012
Saturday, January 21, 2012
Tuesday, January 17, 2012
Program yang Dipertua Turun Padang & Perasmian Balai Komuniti Zon Air Biru 2
Pada Ahad 15 Januari 2012, JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan KRT dan DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan blok 16/17 SEDC Flat yang merupakan zon pertama dalam MPPG yang menjalankan program ini bagi tahun 2012. Seramai lebih 200 orang hadir dalam program ini. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Onn bin Jabbar@Jaafar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Turut hadir ialah Tuan Haji Abd Rahman selaku Ketua WHIP, En. R. Sabapathy selaku Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan ahli - ahli majlis MPPG yang lain. Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada pelajar sekolah yang kurang mampu hasil sumbangan dari Titan Chemicals Pasir Gudang.
Banyak program dan pengisian telah dijalankan iaitu program senamrobik, pertandingan mewarna untuk tadika, rekacipta untuk keluarga, sukaneka terbuka dan cabutan bertuah diakhir program. Dalam masa program itu juga YDP MPPG telah merasmikan Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Sebuah bangunan yang akan menjadi pusat kegiatan masyarakat seperti kelas memasak, taklimat, majlis keraian dan sebagainya juga sebagai bilik gerakan KRT RPP1 hasil dari peruntuk hadiah projek zon paling aktif tahun 2009 yang lalu. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Aktiviti senamrobik bersama penduduk

Ketibaan YDP bersama Ketua WHIP
disambut oleh En. R. Sabapathy

Antara penduduk yang hadir

Penyampaian sumbangan sekolah
dari Titan Chemicals Pasir Gudang

Pertandingan mewarna & rekacipta

Salah satu acara sukaneka

Pemenang utama cabutan bertuah

YDP menandatangani plaque tanda perasmian
Balai Komuniti Zon Air Biru 2
Friday, December 30, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)