Tuesday, December 30, 2008

Pengerusi KRT RPP1 Dapat Menantu

Tahniah di ucapkan kepada Pengerusi KRT RPP1 En. Sabran bin Awang kerana anak perempuanya Noraidah bt Sabran telah selamat dipersatukan dengan pasanganya Mohd Agus di Majlis Perkhawinan yang gilang gemilang yang diadakan di pekarangan Taman Komuniti, Jalan 10/26 Pasir Gudang pada Ahad 28 Disember 2008 Masihi bersamaan dengan 30 Zulhijjrah 1429 Hijrah. Semoga pasangan ini sentiasa bahagian dan kekal ke anak cucu.

Monday, December 15, 2008

Gotong Royong COMBI Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Ahad, 23 November 2008, Pasukan Sukarelawan Pemantau Aides (DeVIT) RPP1 telah mengadakan gotong royongnya bagi membasmi pembiakan nyamuk Aides dan mencegah dari demam Denggi dan Chikunkunya yang diadakan disemua kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 bermula dari blok 1 hingga 24 melibatkan blok SEDC, Lam Soon, LPJ dan KTMB. Turut hadir ialah sepasukan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Pasukan DeVIT Pasir Gudang bersama - sama membantu menjayakan gotong royong ini. Dianggarkan seramai lebih 150 orang penghuni hadir dan turun bersama - sama membersihkan tempat - tempat pembiakan nyamuk di blok masing - masing. Gotong royong ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tghari.



Para penduduk dan Ahli Pasukan DeVIT bersama - sama
bergotong royong
membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides

Friday, December 12, 2008

Balai Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1

Salam Perpaduan. Pihak kami sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang kerana telah memperuntukan sebuah kabin untuk kegiatan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1. Sekian lama kawasan RPP1 ini tidak memiliki pusat untuk menjalankan kegiatan dan terpaksa menumpang di rumah - rumah penduduk di sekitar RPP1. Penduduk di kawasan ini sangat berbesar hati kerana dengan adanya kabin ini maka mempermudahkan kegiatan dibuat seperti mesyuarat, taklimat, aktiviti dan sebagainya untuk penduduk RPP1. Kabin ini dikenali sebagai Balai Komuniti memandangkan ianya dikongsi bersama antara Kawasan Rukun Tetangga, Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi, UMNO Cawangan RPP1 dan juga sebagai pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Diharap dengan adanya balai ini, kami dapat menjalankan beberapa kegiatan dan program dengan baik demi untuk kesejahteraan dan perpaduan penduduk RPP1.

Balai Komuniti RPP1 yang terletak di Jalan 10/17 bersebelahan
dengan Blok 14

Susana di dalam Balai Komuniti RPP1

Kemudahan komputer dan internet untuk mencari maklumat
dan sebagainya

Tuesday, December 9, 2008

Kawasan Perumahan Harmoni Peringkat Pasir Gudang 2006

Papan simbolik Kawasan Perumahan Harmoni yang disampaikan oleh
YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang kepada kawasan RPP1
semasa
Majlis Penutup Gerak Kemas 2006

Monday, December 8, 2008

Mesyuarat Agong KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 kali ke 2

Salam Perpaduan. Pada Sabtu 22 November 2008, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunanya bagi kali ke 2 bagi memilih Ahli Jawatankuasa yang baru bertempat di Balai Komuniti Rpp1. Turut hadir ialah En. Herman bin Zaki, Pegawai KRT bagi Zon 2 sebagai penyelaras mesyuarat. Dalam mesyuarat ini, En. Sabran bin Awang dipilih semula sebagai pengerusi KRT RPP1 bagi penggal ke 2. Dalam mesyuarat ini juga KRT RPP1 juga bersetuju mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kerana ianya perlu untuk mengawal dan mencegah jenayah yang berlaku di kawasan RPP1. Tahniah diucapkan kepada AJK KRT yang baru dilantik dan dilantik semula. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi untuk perpaduan penduduk di sini.

En. Sabran bin Awang mempengerusikan mesyuarat

Antara penduduk yang hadir dalam mesyuarat ini

En. Herman selaku penyelaras mesyuarat memberi
sedikit taklimat tentang SRS

SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana sudi mampir di blog ini.