Saturday, February 28, 2009

Taklimat COMBI dan Gotong Royong MSE Flat

Pada hari Ahad 22 Febuari 2009, Pasukan DeVIT RPP1 dijemput bagi menjayakan Taklimat dan Program Gotong Royong COMBI anjuran Jawatankuasa Penduduk MSE Flat yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Seramai hampir 100 orang peserta dari penduduk rumah pangsa MSE Flat terlibat dalam gotong royong ini. Pada malam 21 Febuari 2009, diadakan sessi taklimat berkenaan Aides dan Denggi serta peranan COMBI yang disampaikan oleh En. Isa bin Paksun, Pengerusi DeVIT Pasir Gudang. Pada paginya pula diberi taklimat oleh wakil dari Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru berkenaan tugas - tugas yang akan dijalankan oleh penduduk semasa gotong royong berjalan. Para ahli DeVIT pula ditugaskan menyampai maklumat dari rumah ke rumah berkenaan pentingnya memeriksa tempat pembiakan nyamuk di dalam rumah dan bahaya demam denggi dan chikungunya. Selain gotong royong, diadakan juga pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah dan DeVIT Pasir Gudang.

Taklimat berkenaan COMBI oleh En. Isa bin Paksun

Penduduk MSE Flat sedang menjalankan
gotong royong disekitar MSE Flat

Antara peserta gotong royong yang hadir dalam
program ini

Ahli - ahli DeVIT bergambar bersama penduduk
MSE flat selepas program

Tuesday, February 17, 2009

Pelancaran SRS KRT RPP1

Pada hari sabtu 14 Febuari 2009, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) telah melancarkan Skim Rondaan Sukarelanya (SRS) sepertimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat KRT RPP1 yang lepas. Seramai 24 orang Pemastautin Sukarelawan terlibat dalam SRS ini .Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah wakil dari Balai Polis Pasir Gudang, Sarjan Razib yang mewakili Ketua Polis Balai, Cif Insp. Kamarul Hamizi untuk memberikan taklimat dan penerangan tentang peranan SRS dalam menjaga keselamatan dan hubungan kerjasama dengan pihak polis. SRS KRT RPP1 akan menjalankan rondaan sebanyak seminggu sekali iaitu pada malam minggu dan malam cuti umum. Kawasan rondaan dipecahkan menjadi 3 zon atau pasukan melibatkan Jalan 10/17, 10/19, 10/26, 10/28 dan 10/29 yang merangkumi semua blok 01 hingga 24, Kawasan Perumahan 69, Sek. Agama serta Sek. Keb Pasir Gudang 1 dan Masjid Tmn Air Biru. Rondaan dijalan dalam 2 syif. Walaupun permohonan SRS masih dalam proses kelulusan namun dengan semagat dan inisiatif Pemastautin Sukarelawan demi keselamatan bagi mencegah jenayah serta kebenaran dari pihak Pejabat Perpaduan dan Balai Polis Pasir Gudang, pihak KRT RPP1 mengambil langkah untuk mengerakan dahulu SRS secara tidak rasmi.

Anggota SRS KRT RPP1 menunggu giliran bertugas

Antara anggota SRS yang berehat setelah tamat syif

Sjn Razib dari Balai Polis Pasir Gudang memberikan
sedikit taklimat berkenaan rondaan dan keselamatan

Monday, February 16, 2009

Senarai AJK Penyelaras KRT Zon 4 2009/2011

Pengerusi : Tn. Hj. Saad bin Ismail
Timbalan : En. Azmi bin Zakaria
Setiausaha : En. Ali bin Jaudin

Ahli Jawatankuasa:

Tn. Hj. Nasir bin Abd Rahman
En. Zaini bin Hj Ahmad
En Mohd Kamararuzaman Bin Hj Mohd
En Misran Bin Taib
En Udayaman Kutty
En Hassan Bin Sanip
En Muhammad Aziz Bin Mohd Nooh
En Wahed Bin Ahmad
En Selamat Bin Hussin
Tuan Haji Hashim Bin Marsidi
En. Jais Bin Ali
Tn Hj Sabran Bin Awang
En Isa Bin Paksun
En Sarjana Bin Mohd Sharif
En Norsazali Bin Wodi
En Jefri Bin Othman
En Sirat Bin Patmo
En. Rahim bin Mungai

Mesyuarat Agong KRT Zon 4

KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah menghantar seramai 3 orang iaitu En. Salleh Tim. Pengerusi KRT RPP1, En. Fahmi Setiausaha KRT dan En. Abu Bakar seorang AJK KRT menghadiri mesyuarat diatas yang diadakan pada Jumaat 13 Febuari 2009 bertempat di Balai Aktiviti KRT Zon Pelanduk, Tmn Scientex. Seramai lebih 30 orang wakil KRT dari seluruh KRT dalam Zon 4 hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Saat, Pengerusi Penyelaras KRT Zon 4. Turut hadir dalam mesyuarat ialah En. Muhd Nasrul Nizam bin Abd Rahman, Pegawai Perpaduan Daerah JB, En. Ruzaidi bin Ikhwan Pen. Pegawai Kanan Perpaduan Daerah JB dan En. Herman selaku Pegawai Penyelaras Zon 4 KRT Johor Bahru. Dalam mesyuarat ini diadakan perlantikan Jawatankuasa Penyelaras KRT Zon 4 yang baru bagi tahun 2009/2011 dimana Tn. Hj. Saad Ismail dan En. Ali Jaudin, masing-masing kekal sebagai Pengerusi dan Setiausaha. Bagi jawatan Tim. Pengerusi disandang oleh En. Azmi Zakaria dari KRT Jln Tembikai mengantikan Tn. Hj. Nasir Abd Rahman. Selain perlantikan beberapa agenda mesyuarat dijalankan iaitu penubuhan Kelab Koir Jiran Muda, Program Memasak Bubur Lambuk dan Perasmian Balai Aktiviti KRT Jln Pelandok. Mesyuarat ini bermula pada jam 9.45 mlm hingga jam 12.00 tghmlm.

En. Nasrul, Pegawai Perpaduan Daerah JB sedang
memberikan kata ucapanya
(Dari sebelah kanan En. Herman, Tn. Hj Saad dan En. Ruzaidi)

Antara perwakilan KRT - KRT dalam Zon 4 yang
hadir dalam mesyuarat ini

Saturday, February 7, 2009

Mesyuarat Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Pada Jumaat 6 Febuari 2009. KRT RPP1 telah mengadakan mesyuarat SRS kali ke 2 bagi merancang jadual dan perjalanan rondaan yang akan dijalankan pada minggu depan. Mesyuarat ini diadakan di Balai Komuniti RPP1. Seramai 17 orang pemastautin sukarelawan dari blok 1 hingga 24 (SEDC Flat, LPJ Flat, Lam Soon Flat) dan Perumahan 69 yang menyertai SRS hadir dalam mesyuarat ini yang di pengerusikan oleh En. Sabran bin Awang. Walaupun SRS RPP1 masih dalam proses kelulusan dari pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Malaysia tetapi atas inisiatif dan sokongan dari penduduk yang inginkan ketenteraman, pihak KRT akan menjalankan tugas SRSnya bagi menjaga kawasan RPP1. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak Pejabat Perpaduan Daerah JB dan Balai Polis Pasir Gudang berkenaan SRS ini. Semoga dengan adanya SRS ini dapatlah mengurangkan dan mencegah berlakunya jenayah dan sosial di kawasan RPP1

Antara anggota SRS yang menghadiri mesyuarat ini

En. Sabran yang juga Pengarah Rondaan
mempegerusikan mesyuarat

En. Fahmi, S.u KRT RPP1 memberi taklimat
kawasan rondaan dan jadual tugas rondaan

Monday, February 2, 2009

Senarai Kejadian Kes Lokaliti Wabak Denggi Tidak Terkawal Daerah Johor Bahru

Jumlah kes hingga minggu pertama ( 4 hingga 10 Januari 2009 )

Sumber dari
Kenyataan Akhbar Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia

16 Januari 2009

Untuk keterangan lanjut diatas bolehlah Klik Disini.