Friday, September 18, 2009

Majlis Berbuka Puasa Dan Mesyuarat Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada hari Isnin 14 September 2009, KRT RPP1 telah dihadiri seramai 2 org ke Majlis Jamuan Berbuka Puasa dan Mesyuarat Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Selesa Pasir Gudang anjuran JK Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 50 orang ahli - ahli KRT dari kawasan Parlimen Pasir Gudang hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah En. Helmi, wakil dari JPNIN Johor dan En. Rozaidi, Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru. Setelah selesai berbuka, ahli KRT bergerak ke Bilik Gerakan KRT Tmn Mawar Fasa 2,3,4 untuk menjalankan mesyuarat sambutan yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Saad, Pengerusi Penyelaras KRT Zon Parlimen Pasir Gudang. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Johor akan diadakan pada 3 Oktober 2009 di Dewan Politeknik Johor Bahru yang akan dihadiri oleh Y.B Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Monday, September 7, 2009

Edaran Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan

Pada Jumaat 4 September 2009, bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini KRT RPP1 bersama UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program bagi mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Edaran dijalan pada jam 4.00 petang dimana selain sasaran pada penghuni RPP1, edaran juga disasarkan kepada pengunjung Bazar Ramadhan yang melalui kawasan tersebut.

Tuesday, September 1, 2009

Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka

Pada Sabtu 30 Ogos 2009, Biro Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT RPP1 bersama dengan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan Mini Night Xplorace bersempena dengan sambutan malam ambang kemerdekaan ke 52 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Seramai 32 orang kanak - kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun menyertai xplorace ini. Perlumbaan ini dijalankan dalam lingkungan kawasan RPP1 dimana terdapat sebanyak 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta xplorace. Kembara ini bermula dari jam 10.00 mlm hingga jam 11.30 mlm. Selepas itu para peserta dan penduduk RPP1 menyambut malam ambang kemerdekaan pada tepat jam 12.00 tghmlm dimana diserikan dengan bunga api, nyanyian lagu - lagu patriotik negara dan deklamasi sajak kemerdekaan oleh peserta Xplore race. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang xplorace dan hadiah2 lain kepada ahli Kelab kompang dan Poco-Poco yang disampaikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1 yang juga Ketua UMNO cawangan RPP1. Majlis ini berakhir jam 12.30 tghmlm.

Taklimat sedang dijalankan oleh penganjur

Antara peserta Night Xplore Race

Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

Antara checkpoint yang dilalui oleh peserta

Semasa sedang mendeklamasikan sajak kemerdekaan

Antara anggota SRS yang terlibat dalam kawalan Xplore Race ini