Wednesday, November 25, 2009

Tahniah kepada JKP Zon Tmn Air Biru 2, Pasir Gudang

Tahniah diucapkan kepada kawasan Zon Taman Air Biru 2 kerana memenangi tempat pertama zon paling aktif dalam MPPG bagi tahun 2009 bersempena Majlis Penutup Gerak Kemas MPPG 2009 yang dirasmikan oleh YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas pada hari Ahad 22 November 2009 bertempat di pekarangan Bilik Gerakan Persatuan Penduduk Perjiranan 9 Tmn Air Biru. Hadir bersama ialah Tn. Hj A. Rahim bin Hj Nin, Yang Di Pertua MPPG yang baru dan Pegawai Kesihatan Daerah JB. Zon Tmn Air Biru 2 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 50,000 dari MPPG dan sumbangan peruntukan sebanyak RM 5,000 dari YB. ADUN Permas bagi menjalankan projek-projek pembangunan komuniti dikawasan zon berkenaan. Zon Tmn Air Biru 2 dibawah jagaan En. R. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2 yang juga Ketua MIC Bhg Pasir Gudang dibantu oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi JKP Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Pengerusi KRT RPP1. Ini merupakan kali ke 2 memenangi gelaran zon paling aktif setelah menang pertama kalinya pada tahun 2006 yang lalu.

YB. En. M. Munusamy ADUN Permas, YDP Pasir Gudang
dan VVIP yang lain

En. Sabapathy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 menerima
sijil dan replika peruntukan sebanyak RM 50.000
untuk projek komuniti dari MPPG

Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

Kawasan pameran

Wednesday, November 18, 2009

Gotong Royong Membersihlan Bilik Gerakan LPJ Flat

Pada Ahad 15 November 2009, Persatuan Kebajikan Penghuni Blok 10 dan 11 Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan kerja gotong royong membersihkan bilik gerakanya bertempat di pekarangan blok 10 dan 11 LPJ Flat. Seramai 20 orang penduduk dari kawasan blok 10 dan 11 LPJ Flat diketuai oleh Tn. Hj. Menjali bin Sukiman, Pengerusi Persatuan tersebut. Turut hadir ialah En. Khairul Fahmi bin Jaafar, Setiausaha JKP. MPPG Zon Tmn Air Biru 2 yang juga Setiausaha KRT RPP1 mewakili En. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2 meninjau kerja gotong royong tersebut.




Sunday, November 1, 2009

Malam BBQ Biro Tunas dan Jiram Muda KRT RPP1

Pada Sabru, 31 Oktober 2009 Jawatankuasa Biro Tunas dan Jiran Muda KRT bersama Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Blok 22, SEDC Flat. Program ini diadakan bagi memupuk semagat perpaduan antara generasi muda dan tua, juga meraikan ahli - ahli persatuan kompang dan poco-poco KRT/UMNO RPP1 yang banyak bergerak aktif dalam kawasan RPP1 ini. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu persembahan kompang berarak, tarian poco-poco, lakonan, shuffle dance, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Tutur hadir ialah En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT merangkap Ketua Cawangan RPP1 serta AJK - AJK KRT dan UMNO. Majlis bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir jam 12.00 thgmlm.

Persembahan Kompang

Banner program

Pertandingan karaoke

Antara penduduk RPP1 dan ibu bapa yang hadir dalam majlis ini