Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat DeVIT Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Rabu 23 Disember 2009 Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi RPP1 telah mengadakan mesyuaratnya. Seramai 15 orang ahli pasukan hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Sabran bin Awang, Ketua Pasukan DeVIT. Pekara yang dibincangkan ialah mengenai program Gotong Royong COMBI bagi Zon Tmn Air Biru 2 dimana kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 akan menjalankan gotong royongnya pada 10 Januari 2010. Selain itu juga mulai 2010 semua anggota DeVIT RPP1 akan digabungkan dan mewujudkan Pasukan DeVIT bagi Kawasan MPPG Zon Taman Air Biru 2 yang merangkumi RPP1, Perumahan Bakti, Kastam, MSE Flat, Perjiranan 10 dan Perumahan 69.

Mesyuarat DeVIT dipengerusikan oleh
En. Sabran bin Awang

Antara ahli DeVIT yang hadir

Tuesday, December 15, 2009

Perjumpaan KRT/SRS RPP1 dengan Ketua Polis Balai Pasir Gudang

Pada malam minggu 13 Disember 2009, Pihak Balai Polis Pasir Gudang telah mengadakan lawatan dan sessi perjumpaan dengan AJK KRT dan SRS Rumah Pangsa Peringkat 1 yang diadakan di Balai Komuniti RPP1. Seramai 15 orang AJK KRT yang juga anggota SRS RPP1 hadir dalam perjumpaan ini. Di pihak Polis seramai 4 orang anggota dari Balai Polis Pasir Gudang diketuai oleh Cif Inspektor Kamarul Hamizi, Ketua Polis Balai Pasir Gudang. Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah bagi merapatkan hubungan antara KRT dengan pihak Polis Balai Pasir Gudang serta memberi sedikit taklimat tentang perkembangan keadaan semasa sekarang dan juga memberi penerangan dalam sessi soal jawap. SRS KRT RPP1 menjalankan rondaan pada setiap malam minggu dan malam cuti umum.

Cif Inspektor Kamarul Hamizi, Ketua Polis Balai Pasir Gudang
bersama En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1

AJK KRT/SRS RPP1 yang hadir dalam perjumpaan ini

Cif Inspektor Kamarul sedang memberi taklimatnya

Turut hadir 3 anggota dari Balai Polis Pasir Gudang

Tuesday, December 1, 2009

Ibadah Korban & Aqiqah 1430 H/2009 M

Pada jumaat 27 November 2009, JK Masjid Tmn Air Biru dengan kerjasama KRT dan UMNO RPP1 telah mengadakan ibadah tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari tersebut bertempat di pekarangan Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 6 ekor lembu berjaya dikorban pada kali ni yang bermula jam 9.15 pagi diketuai oleh Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman, Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru. Seramai lebih 40 orang bagi membantu melapah lembu dan daging - daging tersebut diedarkan kepada penduduk yang hadir dalam program tersebut.