Sunday, January 25, 2009

Perjumpaan KRT dengan Ketua Polis Balai Pasir Gudang

Pada hari Jumaat 23 Januari 2009, satu perjumpaan telah diadakan antara Pengerusi -Pengerusi KRT kawasan Pasir Gudang dengan Ketua Polis Balai Pasir Gudang yang baru, Chife Insp. Kamarul Hamizi bin Zakaria yang mengantikan Chife Insp. Victor Ganesan di Bilik Gerakan Balai Polis Pasir Gudang. Seramai 16 orang wakil KRT - KRT dalam Pasir Gudang hadir dalam perjumpaan ini. Turut hadir ialah Ketua Polis Balai Taman Pasir Puteh dan Bahagian Siasatan Jenayah Pasir Gudang. KRT RPP1 telah menghantar seramai 3 orang wakil ke perjumpaan ini iaitu En. Sabran, En. Salleh dan En. Khairul Fahmi. Selain beramah mesra, dalam perjumpaan ini juga dibincangkan pekara atau permasalahan yang timbul di kawasan KRT masing - masing serta cadangan - cadangan yang perlu diambil perhatian oleh pihak Polis bagi mengurangkan kadar jenayah dan sosial. Perjumpaan ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Para Perwakilan KRT bergambar bersama Ketua Polis Balai
Pasir Gudang En. Kamarul Hamizi

Perbincangan bersama Ketua Polis Balai
di bilik gerakan Balai Polis Pasir Gudang

Antara perwakilan yang hadir dalam perjumpaan ini

Tuesday, January 20, 2009

Lawatan Pengerusi Biro Perbandaran UMNO Pasir Gudang

Pada Ahad 18 Januari 2009, satu sessi lawatan dan perjumpaan dengan wakil - wakil penduduk di kawasan Zon Taman Air Biru 2 oleh Tn. Hj. Abdullah bin Abd Rahman, Pengerusi Biro Perbandaran Pasir Gudang merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Bilik Gerakan Perjiranan 10, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang wakil - wakil penduduk dari kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Teres Perjiranan 10, Rumah Pangsa MSE dan Perumahan Kastam. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi Zon Taman Air Biru 2 dan En. Sabran bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Dalam sessi perjumpaan ini, pihak penduduk dapat mengemukan permasalahan dalam kawasan mereka, cadangan dan keperluan pembangunan kawasan seperti infrastruktur, kemudahan awam dan sebagainya. Beliau juga meninjau kawasan - kawasan dan lokasi di sekitar kawasan Zon Taman Air Biru 2 bagi melihat keadaan kawasan - kawasan tersebut.

Thursday, January 15, 2009

Skim Rondaan Sukarela KRT RPP1


KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) telah pun memohon kepada pihak Jabatan Perpaduan untuk Skim Rondaan Sukarela (SRS). Ini memandangkan diperlukanya skim ini demi untuk menjamin dan mencegah kejadian jenayah dan sosial dikawasan RPP1 ini. Seramai lebih 20 orang penduduk permastautin telah pun memohon menjadi anggota SRS yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Kawasan rondaan akan meliputi 24 blok Rumah Pangsa Peringkat 1, Masjid Tmn Air Biru dan Sek. Keb. Pasir Gudang 1. Diharap dengan adanya SRS sedikit sebanyak dapat membantu mengawal dan mencegah berlakunya jenayah dan sosial yang semakin menjadi - jadi sejak akhir - akhir ini.