Wednesday, March 25, 2009

Gotong Royong Bersepadu Perjiranan 10

Pada Ahad 22 Mac 2009, DeVIT RPP1 telah membantu menjayakan program diatas yang diadakan di seluruh kawasan perumahan Perjiranan 10, Pasir Gudang. Sebelum gotong royong berjalan, diberi sedikit taklimat berkenaan COMBI dan Aides oleh En. Isa bin Paksun, Pengerusi Pasukan DeVIT kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Ariffin wakil dari MPPG dan Tn. Hj. Sabran, pengerusi JKP Zon Tmn Air Biru 2. Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


Monday, March 16, 2009

Malam Anugerah Kualiti RT Johor 2009

Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Anugerah Kualiti Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2009 jam 08:30 malam bertempat di Dewan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Muzahet Bin Masruri Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Antara program yang dijalankan ialah persembahan kebudayaan dan penyampaian hadiah kepada KRT - KRT yang berjaya.


VVIP yang hadir dalam majlis ini


Para tetamu dan jemputan dari KRT - KRT seluruh Negeri Johor


Persembahan kebudayaan


KRT Perjiranan 8 menerima Anugerah KRT Cemerlang Daerah JB

Kursus Pemantapan Konsep Komuniti RT 21 Johor

KRT RPP1 telah menghantar seramai 2 orang ke kursus diatas yang diadakan di MPC (Perbadanan Produktiviti Negara) FELCRA pada hari Sabtu 14 Mac 2009. Seramai hampir 100 orang wakil dari KRT dari daerah - daerah dalam Negeri Johor. Kursus ini dirasmikan olen Y.Bhg Tn. Hj. Abu Hurairah bin Othman, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negeri Johor. Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Ucapan perasmian kursus oleh Y.Bhg Tn. Hj Abu Hurairah bin Othman
Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor

Antara peserta kursus dari KRT daerah - daerah dalam Negeri Johor yang hadir

Antara penceramah yang dijemput hadir dalam kursus ini

Minum pagi sebelum menyambung kursus