Monday, May 25, 2009

Sambutan Minggu Perpaduan Daerah Johor Bahru

Pada 23 Mei 209, Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama KRT Zon Pelanduk Tmn Scientex telah mengadakan program sambutan diatas yang diadakan di Pusat Aktiviti KRT Zon Pelanduk, Tmn Scientex Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang penduduk dan jemputa dari KRT lain hadir dalam majlis ini. Seramai 2 orang wakil dari KRT RPP1 hadir dalam program ini yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Mansor bin Hashim, Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor bagi mewakili Pengarah Jabatan, Tn. Hj. Abd Ghani bin Abd. Rahman, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang Zon Scientex dan Y.Bhg Tn. Hj Ibrahim bin Ghaffar, Tim. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Dalam masa yang sama diadakan majlis perasmian Bangunan KRT Zon Pelanduk oleh YB Dato Seri Khaled dengan menandatangani pada plag. Program diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan persembahan kompang.

Para VVIP, tetamu dan penduduk yang hadir

Persembahan Kebudayaan

YB Dato Seri menandatangani plag perasmian Bangunan KRT
dan Tabika Perpaduan Zon Jalan Pelanduk

Wednesday, May 20, 2009

Mesyuarat Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi (DeVIT) RPP1

Pada hari Rabu malam 13 Mei 2009, Pasukan DeVIT RPP1 telah mengadakan mesyuaratnya bertempat di Pusat Komuniti RPP1 yang dihadiri seramai 19 orang ahli DeVIT. Dalam mesyuarat ini dibincangkan tentang persediaan bagi menjalankan program Taklimat Kesihatan dan Gotong Royong Bersepadu Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi tahun 2009. Program tersebut akan diadakan pada Sabtu 30 Mei 2009 bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Selain gotong royong yang akan dijalankan serentak di 24 blok dalam RPP1, diadakan sessi taklimat berkenaan dengan kesihatan selain dari Denggi dan Chikungunya oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Monday, May 18, 2009

Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Rumah Pangsa Peringkat 1

Tarikh
30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa
8.00 pagi
Tempat
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Jalan 10/17, Pasir Gudang

Thursday, May 14, 2009

Penubuhan Tunas Jiran & Jiran Muda KRT RPP1

Pada sekitar akhir April yang lepas, KRT RPP1 telah berjaya mewujudkan Tunas Jiran ( Bawah 15 tahun ) dan Jiran Muda ( Atas 15 tahun ) yang mana ianya merupakan sayap bagi KRT bagi memberi peluang mereka ini bergiat dalam aktiviti komuniti dan perpaduan. KRT RPP1 telah mewujudkan 2 pasukan kompang iaitu kompang Tunas Jiran dan kompang Jiran Muda serta pasukan tarian untuk anak - anak perempuan bagi mengisi kegiatan lapang anak - anak dan remaja dalam KRT RPP1 agar mereka ini tidak melakukan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak dan sebagainya. Dengan adanya kegiatan ini yang mendapat sambutan yang mengalakan, dapat mengurangkan masalah gejala sosial anak - anak muda dalam kawasan RPP1 dan diharap mereka - mereka ini akan menjadi pemangkin dan pengerak KRT RPP1 pada masa akan datang.

Monday, May 4, 2009

Pelancaran COMBI & Gotong Royong Perjiranan 9

Pada Jumaat 1 Mei 2009, Pasukan DeVIT RPP1 bersama - sama dengan Pasukan DeVIT Pasir Gudang membantu menjayakan Pelancaran COMBI dan Gotong Royong Perjiranan 9 Fasa 1 yang diadakan di pekarangan Bangunan Kegiatan Penduduk Perjiranan 9. Pelancaran ini dirasmikan oleh YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas Jaya. Turut hadir Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua MPPG, Ahli Majlis Kawasan Zon Taman Air Biru 3 dan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah JB. Selepas majlis pelancaran, para penduduk di kawasan Rumah Murah Fasa 1 Perjiranan 9 dibantu oleh Pasukan DeVIT Perjiranan 9 dan Pasir Gudang menjalankan gotong royong membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides mengikut lorong perumahan yang telah ditetapkan. Selain majlis perasmian dan gotong royong, diadakan juga pameran berkenaan pengenalan nyamuk Aides serta demam denggi dan chikugunya oleh Pejabat Kesihatan Daerah JB dan cabutan bertuah untuk peserta gotong royong. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

VVIP yang hadir

Antara ahli DeVIT Pasir Gudang yang hadir

Para penduduk menjalankan gotong royongnya

Para penduduk sedang membersihkan dan membasmi
tempat pembiakan nyamuk Aides