Sunday, October 18, 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri Rumah Pangsa Peringkat 1 1430 H/2009 M

Pada Jumaat 16 Oktober 2009, Kawasan Rukun Tetangga bersama DeVIT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan Sambutan Aidilfitri peringkat RPP1 yang diadakan di pekarangan antara blok 16 dan 17, SEDC Flat bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 mlm. Seramai lebih 50 orang penghuni RPP1 turun bersama - sama meraikan sambutan ini. Selain itu diadakan juga Majlis Marhaban oleh Persatuan Ya'sin Wanita RPP1 sempena menyambut Aidilfiri yang mulia ini.

Suasana meriah sambutan Aidilfitri RPP1

Para penduduk RPP1 sedang mengambil juadah jamuan

En. Sabran Pengerusi KRT dan DeVIT yang baru sahaja pulang dari KL
turut bersama meraikan sambutan ini

Monday, October 5, 2009

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JPNIN Peringkat Negeri Johor

Pada 3 Oktober 2009 Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Johor dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah JB dan Jawatankuasa Penyelaras KRT Zon Parlimen Pasir Gudang telah mengadakan program diatas bertempat di Dewan Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang. Seramai lebih 500 orang tetamu dari KRT - KRT dalam daerah Johor Bahru dan daerah - daerah dalam negeri Johor hadir dalam majlis rumah terbuka yang meriah ini. Majlis yang telah dirasmikan oleh YB. Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut dihadir ialah Exco Perpaduan Negeri Johor YB En. Asojan dan juga Ketua Pengarah JPNIN Malaysia Dato Azman Bin Amin. Selain itu majlis juga diserikan dengan persembahan kebudayaan berbagai kaum yang bertemakan 1Malaysia dan persembahan nyanyian lagu - lagu hari raya oleh penyanyi - penyanyi pilihan. Majlis di mulakan pada jam 8 malam dan di akhiri jam 11 malam.

Ketibaan YB. Dato Seri memasuki dewan jamuan

Suasana kehadiran tetamu dalam majlis sambutan ini.

Para tetamu jemputan sedang menjamu selera

Tetamu sedang mengambil makananya di tempat katering

Antara persembahan kebudayaan yang dipersembahkan