Wednesday, February 24, 2010

Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai MCA bahagian Pasir Gudang

Pada 21 Febuari juga beberapa ahli KRT dan DeVIT Rumah Pangsa Peringkat 1 memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai anjuran MCA Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Raya MBJBT Johor Jaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Hadir bersama juga YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas serta beberapa pemimpin MCA, MIC dan UMNO. Selain rumah terbuka diserikan juga dengan tarian kebudayaan berbagai kaum bertemakan 1 Malaysia.

Pentas Majlis Tahun Baru Cina MCA Pasir Gudang

Ketibaan YB. Dato Seri Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen P. Gudang
bersama YB. Tan Cher Puk, ADUN Johor Jaya merangkap Ketua MCA
Pasir Gudang

En. Sabran Pengerusi KRT/ DeVIT RPP1, AJK KRT/DeVIT RPP1
En. Hamdan
, En. Tompang dan En. Musa

Suasana meriah Rumah Terbuka di Dewan Raya Johor Jaya

Tuesday, February 23, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 Kali Ke 2

Pada Ahad 21 Febuari 2010, JKP Zon Taman Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 telah mengadakan program diatas bagi membersihkan kawasan sekitar Masjid Taman Air Biru dan Tadika KEMAS Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai 30 orang dari COMBI Zon Tmn Air Biru 2, Pengakap Komuniti, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Persatuan Penduduk Perjiranan 10 hadir bersama - sama bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid dan Tadika KEMAS. Turut hadir wakil dari Jabatan Kesihatan MPPG, En. Ariffin bagi bersama - sama menjayakan program ini. Selain gotong - royong, para peserta juga menghapuskan serta memastikan tiada lagi tempat - tempat pembiakan nyamuk aides dikawasan berkenaan. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Sedang membersihkan sampah dan takungan air

Gotong Royong di pekarangan Masjid

Gotong Royong di pekarangan Tadika KEMAS

Pengakap Komuniti juga tidak ketinggalan membersihkan
persekitaran masjid dan tadika

Antara peserta gotong royong sedang berehat sebentar

Saturday, February 20, 2010

KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 Terima Peralatan SRS


Pada Rabu 17 Febuari 2010 setelah menunggu akhirnya tiba jua. KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 menerima peruntukan set peralatan bagi Skim Rondaan Sukarela (SRS) dari Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru. Peralatan yang diterima berupa baju vest SRS berserta topinya, Walkie Talkie, Baju sejuk/hujan, Peti Pertolongan Cemas, Cota rotan, lampu suluh, wisel dan buku catatan laporan SRS. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional serta Pejabat Perpaduan daerah Johor Bahru atas pemberian peruntukan ini. Diharap dengan peruntukan ini, anggota SRS KRT Rumah pangsa Peringkat 1 akan lebih gigih dan bersemagat dalam menjalankan tugas rondaan demi untuk keselamatan penduduk dan mencegah jenayah.

Saturday, February 6, 2010

Kata Hikmat

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”

~Hamka