Tuesday, May 25, 2010

Program YADIM Bersama Masyarakat Pasir Gudang

Pada Sabtu 22 Mei 2010, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Johor dan Parlimen Pasir Gudang telah mengadakan program diatas yang diadakan di Dewan Kuliah Masjid Jamek Taman Air Biru. Seramai lebih 60 orang peserta terdiri dari wakil - wakil masjid dan surau sekitar kawasan Parlimen Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Aziz Jamaludin bin Md Tahir, Yang Dipertua YADIM. Turut hadir ialah Tn. Hj. Maskob Pengerusi Jawatankuasa Pengerak Masjid dan Surau Parlimen Pasir Gudang, En. Sabran Awang Pengerusi KRT RPP1, Tn. Hj. Mohd Aroff, Imam Masjid Taman Air Biru dan beberapa pegawai dari KEMAS, Kolej Komuniti dan lain - lain.

Turut diserikan lagi dengan ceramah agama bertajuk "Memartabatkan Ummah dan Memperkasakan Pembangunan Ekonomi" yang disampaikan khas oleh Y.Bhg Dato' Hj. Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor. Selain program diatas beberapa bengkel kemahiran dijalankan seperti teknik membuat kuih, cincau, nasi beriani dan sebagainya yang dijalankan oleh Jab. Pertanian, Kolej Komuniti dan JKM. Juga diadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma dari Pejabat Kesihatan daerah Johor bahru. Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.


Pusat Pemeriksaan Kesihatan dan pameran

Antara peserta yang hadir dalam program ini

Y.Bhg Dato' Nooh bin Gadot sedang menyampaiankan
ceramahnya


En. Sabran bersama Tn. Hj. Maskob (tengah) sedang mendengar
ceramah

Tuesday, May 18, 2010

Gotong Royong Sekolah & Kegiatan COMBI Ke 4

Pada Sabtu 15 Mei 2010 bersempena dengan Hari Guru, PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 telah mengadakan program diatas bagi membersihkan kawasan dan bilik darjah serta mengeratkan kerjasama antara guru dan murid - murid sekolah berkenaan yang diadakan di sekolah tersebut. Turut hadir ialah beberapa orang AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 termasuk En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1 yang juga Timbalan YDP PIBG sekolah tersebut.

Selain gotong royong pihak penganjur juga mengadakan pertandingan melukis poster sempena Hari Guru untuk semua murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1. Program gotong royong ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


En. Sabran bergambar bersama murid SKPG 1

Suasana keadaan gotong royong di sekolah berkenaan

Anggota PIBG juga turut membantu menceriakan sekolah

Murid - murid sedang membersihkan bilik darjah

Sedikit taklimat berkenaan pertandingan

Pertandingan melukis poster Hari Guru sedang berjalan

Monday, May 17, 2010

Mesyuarat Program KRT Zon Pasir Gudang

Pada Rabu 12 Mei 2010, KRT RPP1 telah menghantar seramai 4 orang ke mesyuarat diatas yang diadakan di Bangunan KEMAS Perjiranan 9. Seramai 20 orang anggota KRT yang terdiri dari Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dari KRT - KRT seluruh Pasir Gudang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zulkifli, Pegawai Penyelaras KRT bagi Zon Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Perpaduan dan Intergarsi Nasional Negeri Johor yang memberi taklimat berkenaan dengan kawasan - kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang bermasalah "Hot Spot" dan mengalakan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di KRT - KRT dalam Kawasan Pasir Gudang. Selain itu juga membincangkan program - program yang akan dilaksanakan dalam tahun 2010 ini.

En. Zul sedang mempengerusikan mesyuarat

Wakil dari JPNIN Johor sedang memberi taklimat

Antara anggota KRT yang hadir

Tuesday, May 11, 2010

Kempen Sampah Sifar Dan Kegiatan COMBI ke 3

Pada Ahad 9 Mei 2010, Pasukan DeVIT Zon Tmn Air Biru 2 telah membantu menjayakan kempen diatas anjuran bersama Jawatankuasa Kebajikan Sek. Agama Pasir Gudang 1 dan Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Tmn Air Biru 2 yang diadakan di Sekolah Agama Pasir Gudang 1. Program ini dirasmikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi JKP MPPG Zon Taman Air Biru 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat dari wakil Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkenaan nyamuk Aides dan bahaya demam Denggi.

Selain itu juga diadakan pameran bagi memberi pengenalan dan pengetahuan kepada murid - murid tentang nyamuk Aides, kitaran hidupnya dan mengenali serta membasmi tempat pembiakanya. Selepas taklimat dijalankan gotong royong bagi membersihakan dan menceriakan sekolah tersebut. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


Antara murid sekolah agama yang hadir

Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah JB memberikan
taklimatnya

Pelajar sedang menanam bunga untuk keceriaan

Sebahagian pelajar sedang bergotong royong

Pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah JB
memberi info kepada pelajar

Tuesday, May 4, 2010

Program Basmi Tempat Pembiakan Aides RPP1

Pada Ahad 2 Mei 2010, Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru telah mengadakan program diatas bersama DeVIT/COMBI RPP1 bagi membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides disekitar kawasan Rumah pangsa Peringkat 1. Seramai lebih 10 orang anggota dari pejabat kesihatan daerah dan COMBI RPP1 bersama - sama bergotong royong dengan penduduk memeriksa dan membasmi tempat - tempat yang dikuatiri tempat pembiakan nyamuk Aides. Proogram bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Bersama En. Idris dari Kesihatan daerah sebelum program
berjalan

Kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah

Anggota COMBI sedang mengutip bekas - bekas tempat
tempat pembikana Aides

Pemeriksaan sedang dijalankan

Penduduk bersama ahli COMBI berejat setelah penat
bergotong royong