Monday, September 27, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri RPP1

Pada Sabtu 25 September 2010, KRT RPP1 bersama dengan DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang didakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan dan penduduk hadir dalam majlis ini. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka. Majlis bermula jam 8.45 dan berakhir jam 11.00 malam.

Photobucket
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Pengerusi KRT & DeVIT RPP1
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

Thursday, September 23, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aildilfitri KRT RPP1

Tarikh
25 September 2010 (Sabtu)
Tempat
Hadapan Blok 17, SEDC Flat Pasir Gudang
Masa
8.30 mlm hingga 11.00 mlm

Friday, September 17, 2010

Tahniah Kepada KRT Rumah Pangsa Peringkat 1

Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Landskap dan Pencahayaan serta Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat MPPG sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 53. Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menyumbang dalam menghiasi Taman Koumniti ini.

Photobucket
Plaq pertandingan hias jalur gemilang & landskap

Photobucket
Sijil penyertaan pertandingan

Tuesday, September 7, 2010

Gotong Royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk Sempena Bulan Puasa

Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 bersama dengan KRT RPP1 dan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas pada hujung minggu sepanjang bulan puasa iaitu pada 15, 22, 29 Ogos dan 5 Septermber 2010. Ia merupakan kesinambungan dari Program Bengkel Demonstrasi Bubur Lambauk yang diadakan pada awal bulan Ogos yang lepas.

Gotong Royong bermula pada jam 9.00 pagi di hadapan Blok 13 SEDC Flat dan disebelah petang pula mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk dalam kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Turut hadir meninjau ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket