Thursday, October 14, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1431 Hijrah/ 2010 Masihi

KRT dan DeVIT RPP1 mengucapkan selamat berangkat & selamat menunaikan Ibadah Haji kepada mereka -

1. En. Sabran bin Awang ( Pengerusi KRT/DeVIT ) & Isterinya
2. En. Suhada bin Biran ( AJK KRT ) & Isterinya
3. En. Abu Bakar bin Taib ( AJK KRT/ DeVIT ) & Isterinya

Semoga mereka mendapat keberkatan di Tanah Suci dan Haji yang mabrur - Amin

Sunday, October 10, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji JKP Zon Air Biru 2

Pada 9 Oktober 2010, JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan programnya diatas bagi meraikan bakal-bakal haji dari Zon Air Biru 2 bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai hampir 50 orang penduduk terdiri dari ketua - ketua masyarakat dan penduduk di sekitar kawasan Zon MPPG Air Biru 2. Seramai 8 orang bakal haji dari Zon Air Biru 2 dipilih bagi mengikuti ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari bakal - bakal haji dan bacaan doa selamat agar mereka ini selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.

Photobucket
Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Aziz sedang membaca doa selamat

Photobucket
En. Musa dan En. Aziz sedang berbual selepas
menjamu selera

Tuesday, October 5, 2010

Gotong Royong Perdana MPPG 2010

Pada Sabtu 3 Oktober 2010, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan program diatas yang diadakan serentak di 24 zon dalam MPPG pada tarikh tersebut yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin – Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin, Ahli – ahli majlis MPPG serta ketua – ketua masyarakat yang diadakan di Blok 53, Taman Cendana.

Bagi peringkat Zon Air Biru 2 diadakan taklimat gotong royong oleh En. Sabran bin Awang – Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 merangkap Ketua DeVIT Zon Air Biru 2 bertempat di Perumahan Bakti 1. Seramai hampir 100 penduduk menjalankan gotong royongnya di kawasan masing – masing iaitu di Perumahan Bakti 1 dan 2, Rumah pangsa Peringkat 1 (termasuk KTMB Flat) dan perumahan Perjiranan 10. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy, Pengerusi Zon Air Biru 2 merangkap Ahli Majlis MPPG, En. Ariffin dari Jabatan Kesihatan MPPG dan En. Solaino dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Photobucket
En. Sabran Awang - Pengerusi JKP merangkap
Ketua DeVIT Zon Air Biru 2 sedang memberikan
taklimat

Photobucket
Sebahagian penduduk yang berkumpul di Perumahan
Bakti 1 sedang mengedarkan plastik sampah

Photobucket
Gotong royong pembersihan sedang dijalankan

Photobucket
Antara ahli DeVIT Zon Air Biru 2 yang hadir
dalam gotong royong ini

Photobucket
Turut hadir ialah En. Sabapathy - Ahli majlis MPPG
Zon Air Biru 2 dan En. Solaino - Pejabat Kesihatan
Johor Bahru