Wednesday, November 24, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM/ STPM


Kami disini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar di kawasan KRT RPP1 khasnya dan kepada seluruh Malaysia amnya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi remaja yang berguna akan datang.

Sunday, November 21, 2010

Friday, November 19, 2010

Agihan Daging Lembu Korban Oleh KRT/ DeVIT RPP1 & ERC Sempena Hari Raya Aidiladha

Pada 17 November 2010 bertepatan dengan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha, En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT/ DeVIT RPP1 mewakili Pengerusi KRT RPP1 dan En. Norhazli bin Mohamad - Ketua Pemimpin Echo Rovers Crew (ERC) telah membuat edaran daging korban kepada mereka - mereka yang kurang mampu, ibu tunggal, OKU dan anak yatim disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Daging korban adalah hasil sumbangan dari Surau Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
En. Norhazli dan En. Fahmi sedang menyampaikan
sumbangan daging kepada antara penduduk
sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1

Monday, November 15, 2010

Pelancaran Program "Community Policing" Peringkat IPD Seri Alam

Pada Sabtu 13 November 2010, KRT RPP1 dijemput menghadiri Pelancaran program diatas anjuran Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seri Alam yang diadakan di Dataran Al Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Program dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDH DCP. Dato' Mohd Mokhtar bin Hj Md Sharif - Ketua Polis Johor, Tn. Hj. Rahim bin Nin - yang Dipertua MPPG dan Supt. Mohd Roslan bin Zainudin - Ketua Polis IPD Seri Alam.

Turut diadakan gimik perasmian "Community Policing" dimana dipersembahkan dengan persembahan pancaragam dari PDRM, gimik membentras jenayah dan pertunjukan kecekapan dari dari Cawangan Polis Traffic. Selain aktiviti diatas turut diadakan sudut pameran yang berkenaan dengan Polis Diraja Malaysia. Acara bermula pada jam 9.00 oagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Photobucket
Antara VVIP Y.B Dato' Seri Hj Khaled Nordin bersama
Ketua Polis Johor, YDP MPPG dan Ketua Polis IPD Seri Alam

Photobucket
Antara pengunjung yang hadir menyaksikan

Photobucket
Pelancaran oleh YB Dato' Seri Hj Khaled bin Nordin

Photobucket
Persembahan gimik perasmian

Photobucket
Persembahan dari pancaragam PDRM

Photobucket
Persembahan oleh Unit Cawangan Polis Traffic

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H/ 2010 M