Thursday, January 27, 2011

Salam Takziah dari KRT/DeVIT RPP1

Ucapan takziah kepada Pn. Asimah bt Jusoh - Pengerusi Jiran Wanita KRT RPP1 & Keluarga dimana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu 26 Januari 2011 Masihi persamaan 21 Safar 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh ibu beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

Tuesday, January 4, 2011

Majlis Perpisahan Pegawai JPNIN En. Mansor dan En. Rozaidi Ikhwan

Pada Sabtu 1 Januari 2011, KRT RPP1 seramai 3 orang pegawainya telah dijemput hadir ke Majlis perpisahan En Mansor - Mantan Penolong Pengarah JPNIN Negeri Johor dan En Rozaidi - Pen. Pegawai Kanan Perpaduan Daerah JB telah diadakan di Ts Hotel Taman Scientex, Pasir Gudang. majlis diadakan pada jam 9.00 malam.

Tujuan ianya diadakan bagi memberi penghargaan dan jasa kepada kedua - dua pegawai dari JPNIN tersebut kerana mereka banyak membantu dalam membangunkan serta mengaktifkan KRT - KRT dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang khasnya.

Photobucket
Ketibaan En. Mansor dan En. Rozaidi disambut oleh
pegawai KRT - KRT yang hadir

Photobucket
En. Fahmi - Setiausaha dan En. Musa - Bendahari
pegawai KRT RPP1 bersama pegawai KRT yang lain

Photobucket
Suasana sebelum majlis bermula

Photobucket
Antara Jawatankuasa KRT Zon Parlimen
Pasir Gudang
yang hadir

Photobucket
Ucapan dari En. Rozaidi - Pen. Pegawai Kanan
Perpaduan daerah JB

Photobucket
Ucapan dari En. Mansor - Mantan Pen. Pengarah
JPNIN Negeri Johor

Sunday, January 2, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa KRT/SRS RPP1

Pada Jumaat 31 Januari 2010, Jawatankuasa KRT dan SRS KRT RPP1 mengadakan mesyuarat pertamanya bagi tahun 2011. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Sabran Awang - Pengerusi KRT RPP1 yang baru dilantik semula memegang jawatan tersebut. Seramai 14 orang AJK KRT sessi tahun 2011/2012 hadir dalam mesyuarat.

Dalam mesyuarat ini ditumpukan kepada penubuhan dan perlantikan pengerusi bagi Jiran Wanita dimana Pn. Asimah Jusoh dipilih sebagai pengerusi Jiran Wanita dan mereka akan mengadakan mesyuaratnya bagi melantik AJKnya dalam masa terdekat ini. Selain itu juga membincangkan cadangan program yang akan dijalankan pada tahun 2011 serta berkenaan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Mesyuarat in bermula jam 9.15 malam dan berakhir jam 10.40 malam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dari KRT/DeVIT RPP1