Wednesday, March 30, 2011

Projek Penambahan Pusat Komuniti RPP1

Lebih setahun menunggu akhirnya projek pembinaan tambahan Pusat Komuniti RPP1 mula dibina dan dijangka siap dalam masa 6 minggu. Bangunan tambahan ini hasil dari projek pembangunan sebanyak RM 50,000.00 dari MPPG kerana diiktiraf zon paling aktif pada 2009 yang lalu. Apabila siap ianya memiliki ruang dewan terbuka yang lebih luas memudahkan KRT RPP1 dan masyarakat menjalankan kegiatanya di pusat berkenaan.

Photobucket
Pekerja kontraktor sedang memasang besi kerangka
untuk tapak asas


Photobucket
Kerja kena rajin sebab kena siap dalam 6 minggu

Photobucket
Suasana tapak asas dihadapan Pusat Komuniti RPP1

Photobucket
Lubang untuk tapak asas dewan

Sunday, March 27, 2011

Intro Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Dan Kelas Yassin RPP1

Pada Khamis 24 Mac 2011, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Jiran Wanita KRT RPP1 mengadakan kelas pengenalan bagi program diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 20 orang peserta terdiri dari kaum wanita telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kelas ini. Program kelas yang akan diadakan sepanjang minggu seperti kelas memasak, kraftangan dan sebagainya yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari KEMAS. Hadir memberi taklimat berkenaan kelas ini dari wakil dari KEMAS serta turut hadir juga Tn Hj. Sabran bin Awang selaku Pengerusi KRT RPP1.

Pada malamnya pula ditempat yang sama Persatuan Yassin RPP1 bersama Jiran Wanita KRT RPP1 mengadakan taklimat pengenalan bagi mengadakan kelas yassin bagi memantapkan lagi bacaan serta memahami makna bacaan surah yassin untuk kaum wanita. Seramai 14 orang kaum wanita yang terdiri dari anggota Persatuan Yassin RPP1 dan wanita - wanita yang ingin mempelajari bacaan surah yassin. Kelas ini akan diadakan setiap minggu selama 2 bulan bermula April ini.

Photobucket

Photobucket
Peserta kelas terdiri dari kaum wanita
sedang mendengar taklimat dari Pegawai KEMAS

Photobucket

Photobucket
Sessi taklimat dan perbincangan bagi mengadakan
Kelas Pembelajaran Yassin RPP1

Saturday, March 26, 2011

Support Earth Hour 2011

Photobucket

Ambillah masa selama 1 jam untuk menyumbang kepada keprihatinan anda dalam isu alam sekitar dan pemanasan global. Hentikan penggunaan elektrik dari 8.30 mlm sehingga 9.30 mlm pada 26 Mac 2011. Semoga langkah kecil kita ini akan membawa kepada kesejahteraan sejagat. Tutup lampu pada 8.30 mlm - 9.30 mlm