Wednesday, June 22, 2011

Gotong Royong Perdana MPPG 2011

Photobucket

Pada Ahad 19 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan program diatas bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG - Tn. Hj. Rahim bin Nin bertempat di Dataran Mawar, Pasir Gudang. Bersempena dengan itu juga kesemua 24 zon dalam MPPG mengadakan gotong royongnya serentak diikuti dengan lawatan YDP MPPG dan Setiausaha MPPG melawat ke semua zon untuk program tanam pokok.

KRT dan DeVIT RPP1 bersama JKP Zon Air Biru 2 telah menjalankan gotong royongnya di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perjiranan 10, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti 1/2. YDP MPPG telah sudi datang melawat serta menjalankan program penanaman pokok di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah Pn. Roslina - Pegawai Khas MPPG bagi Zon Air Biru 2. Program gotong royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhit jam 11.00 pagi.

Photobucket
Suasana gotong royong

Photobucket
Penduduk setiap blok turun menjalankan
gotong royong membersihkan blok
masing - masing

Photobucket
YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin sedang
menanam pokok cempaka, bunga rasmi
MPPG

Photobucket
Antara penduduk yang hadir

Photobucket
Penyampaian sijil beranak pokok berkenaan oleh
YDP MPPG kepada Hj Sabran Awang
Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 merangkap
Pengerusi KRT RPP1

Monday, June 13, 2011

Notis Gangguan Bekalan Air Di KRT RPP1

Untuk makluman bahawa akan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Zon Taman Air Biru 2 seperti makluman dibawah:

Tarikh: 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa gangguan :-
9.00 pagi hingga 12.00 tghmlm (15 jam)
Kawasan Terlibat :-
Semua kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 (Blok 1 hingga 24),
Masjid Tmn Air Biru, Sek. Keb Pasir Gudang 1, Sek Agama Pasir Gudang 1 dan
Kebayan Sena

Ini kerana berlakunya kerja - kerja pembersihan saluran paip dikawasan tersebut oleh pihak SAJ. Diminta penduduk yang terlibat dapat menyimpan air secukupnya. Sekian untuk makluman

Friday, June 10, 2011

Kelas Memasak KPKK

Sessi kelas memasak yang diadakan pertama kalinya di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 pada 7 Jun 2011.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Saturday, June 4, 2011

Majlis Mesra Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan MPPG 2011

KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah menghantar seramai 4 orang wakilnya ke program diatas yang diadakan pada hari Rabu 1 Jun 2011 bertempat di Aras 3 Menara Aqabah Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang yang terdiri dari wakil2 persatuan penduduk, NGO - NGO, jabatan kerajaan dan swasta, kilang2, PIBG Sekolah dan ibu bapa penjaga yang anak mereka mendapat anugerah pelajar cemerlang.

Majlis perasmian dan taklimat MPPG disempurnakan oleh Tuan Haji Rahim bin Nin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah Setiausaha MPPG, Ketua Polis IPD daerah Seri Alam dan Pengurus TNB Malaysia Cawangan Selatan. Antara program yang dijalankan ialah taklimat dari pengurus TNB serta dari IPD Seri Alam berkenaan Program Bandar Selamat dikuti dengan majlis dialog. Turut diadakan ialah majlis penyampaian penghargaan pelajar cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2010.

Photobucket
Para VIP dan wakil - wakil yang hadir dalam
program ini

Photobucket
Tn. Hj. Sabran dan En. Musa mewakili KRT RPP1

Photobucket
YDP MPPG sedang memberikan taklimat
berkenaan perancangan dan strategik MPPG

Photobucket
Penyampaian pengharagaan oleh YDP MPPG
kepada pelajar cemerlang