Tuesday, July 19, 2011

Program Gotong Royong COMBI Bersama Pejabat Kesihatan Daerah JB

Pada hari Ahad 17 Julai 2011, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru bersama dengan DeVIT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan program diatas bertempat di sekitar blok masing - masing. Turut hadir ialah beberapa pegawai dari Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru hadir bersama - sama bergotong royong bersama penduduk.

Ianya bertujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides dan jentik - jentik dimana ianya boleh membawa kepada wabak penyakit demam denggi yang sekarang ini berlaku di sekitar kawasan di Pasir Gudang. Gotong royong ini bermula jam8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Monday, July 4, 2011

Majlis Kesyukuran Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

Pada Sabtu 2 Julai 2011, KRT RPP1 bersama dengan UMNO Cawangan RPP1 dan DeVIT telah mengadakan majlis diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang penduduk sekitar RPP1 hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah YB Dato Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin- Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir juga En. R. Sabapathy- Ahli Majlis MPPG merangkap Pengerusi JKP Zon Air Biru 2.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil doa selamat dan bacaan surah Yassin oleh Pergerakan Wanita UMNO Caw. dan Persatuan Yassin Sepakat RPP1. Diikuti dengan jamuan makan dan kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat yang disampaikan sendiri oleh YB Dato' Seri berkenaan isu-isu semasa. Majlis bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket
Antara orang2 kuat yang menjayakan majlis ini

Photobucket
Bacaan Yassin beramai2 oleh Persatuan Yassin Sepakat
Rumah pangsa Peringkat 1

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin

Photobucket
Antara sebahagian penduduk yang sedang mendengar
ucapan dari YB Dato' Seri

Photobucket
Taklimat berkenaan isu - isu semasa oleh
YB Dato' Seri