Wednesday, April 11, 2012

11 April 2012 Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke 14 - DAULAT TUANKU


Photobucket

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhum Tuanku Badlishah
Dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hajjah Haminah Binti Hamidun

Tuesday, April 10, 2012

Program Ronda - Ronda Bersama Pemimpin, Polis & Masyarakat

Pada Sabtu 7 April 2012, KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pekarangan Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini dirasmikan oleh En. Khairil bin Malik, Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri bagi mewakili YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas, En. Roslan Hassan wakil Pegawai Perpaduan Daerah JB dan wakil dari PDRM IPD Seri Alam.

Turut diadakan pengisian ialah majlis sambutan Maulidur Rasul oleh para ibu - ibu Jiran Wanita KRT RPP1 dan Pertandingan Night Xplore Race anjuran Jiran Muda RPP1 bersama Echo Rovers Crew. Seramai lebih 150 orang terdiri dari kanak - kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun menyertai pertandingan ini. Diakhir perasmian para VIP dengan SRS KRT RPP1, polis dan masyarakat setempat bersama - sama mengadakan rondaan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ditamatkan pada jam 1.00 pagi.
 


Photobucket  
Para VIP termasuk Tuan Haji Sabran Awang
Pengerusi KRT RPP1

 Photobucket  
Ucapan perasmian oleh En. Khairi Malik
wakil rasmi YB Ahli Parlimen Pasir Gudang 
 
 Photobucket  
Jiran Wanita juga turut bersama dalam
rondaan ini
 
  Photobucket  
Peserta Night Xplore Race sedang mendaftarkan
diri bagi menyertainya
 
  Photobucket  
Antara gelagat peserta Xplora Race
 
  Photobucket  
Persatuan Seni Silabam Johor bersedia untuk
acara persembahanya 
 
 Photobucket  
Penyampaian hadiah untuk pertandingan Night Xplore
Race oleh En. Khairi Malik
 
  Photobucket  
En. Khairi bersama dengan YB ADUN Permas
dan En. R. Sabapathy bersama polis dan penduduk
mengadakan rondaan malam