Wednesday, November 14, 2012

Mesyuarat Tahunan Dan Taklimat Akta Baru KRT RPP1

Pada Ahad 11 November 2012, KRT RPP1 telah mengadakan taklimat diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai lebih 20 orang ahli KRT hadir bagi mendengar taklimat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Sabran bin Awang - Pengerusi KRT RPP1. Turut hadir menyampaikan taklimat ialah Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru, En. Shahrani bin Yusof dan hadir juga En. Roslan bin Hassan, Pengerak Perpaduan Parlimen Pasir Gudang. 

Mesyuarat ini diadakan bagi mencadangkan nama - nama bagi Jawatankuasa KRT RPP1 bagi tahun 2013/2014 kepada pihak Pengarah JPNIN Johor untuk diluluskan. Taklimat juga diterangkan berkenaan dengan Akta Rukun Tetangga yang baru yang telah diguna pakai mulai Julai 2012 yang lepas melibatkan pengurusan KRT, penubuhan, pembatalan KRT, perlantikan jawatankuasa, SRS dan sebagainya apabila Akta KRT yang lama yang berada dibawah undang-undang Ordinan Darurat telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Selain itu juga diadakan tayangan clip video kegiatan dan aktiviti KRT RPP1 sepanjang tahun 201/2012.

Photobucket
Mesyuarat & taklimat yang simple

Photobucket
Antara ahli KRT yang hadir

Photobucket
 En. Shahrani (tengah) bersama dengan En. Roslan dan
Tuan Haji Sabran Awang

Monday, November 12, 2012

Wednesday, November 7, 2012