Monday, December 31, 2012

Wednesday, December 26, 2012

Program Ceria Komuniti Bersama Yang Dipertua MPPG

Pada hari Ahad 23 Disember 2012, JKP MPPG Zon Air Biru 2 bersama dengan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Blok 16/17 SEDC Flat, Tmn Air Biru yang dirasmikan oleh Tuan Haji Onn bin Jabar@Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan Puan Roslina - Pegawai Khas MPPG Zon Air Biru 2.

Program dimulakan dengan acara senamrobik diikuti dengan acara-acara pertandingan lain seperti pertandingan melukis, sukaneka, cabutan bertuah dan acara khas untuk jawatankuasa kerja program ini. Selain itu juga Yang Dipertua MPPG  telah melawat serta meninjau perkembangan projek mengecat blok dibawah Projek Penyelengaraan 1 Malaysia yang telah dijalan sejak November 2012 dan dijangka siap Januari 2013. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, December 11, 2012

Kursus Pengendalian Radio SRS Peringkat daerah Johor Bahru

pada Ahad 9 Disember 2012. KRT RPP1 telah menghantar seramai 2 orang iaitu Tuan Haji Sabran - Pengerusi dan En.Khairul Fahmi - Setiausaha ke kursus diatas yang diadakan di Hotel 11@Century, Johor Bahru. Kursus ini disertai oleh SRS-SRS KRT seluruh daerah Johor Bahru bagi memberi taklimat dan tunjuk ajar bagaimana mengendalikan walkie talkie radio SRS untuk tujuan rondaan sukarela KRT. 

Setiap SRS dibekalkan sebanyak 3 set walkie talkiebagi tujuna kemudahan anggota SRS membuat laporan rondaan, makluman serta boleh mengeratkan kerjasama dan silaturahim antara semua SRS di daerah Johor Bahru. majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Rozaidi bin Ikhwan, Pegawai Bahagian Pembangunan Komuniti - SRS JPNIN Johor bagi mewakili Tuan Pengarah JPNIN Johor.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, December 4, 2012

Seminar Fire Safety Awareness

Pada 1 Disember 2012, Fire Prevention Centre (FPC) Malaysia bersama dengan KRT RPP1 mengadakan program diatas bertempat di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 20 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1 telah hadir mengikuti seminar ini.

Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan punca kebakaran, cara mengatasi serta langkah-langkah keselamatan dan menyelamat yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kediaman kita yang disampaikan oleh penceramah dari FPC Malaysia. Seminar ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket