Tuesday, June 12, 2012

2nd Night Bowling Competition Jiran Muda KRT RPP1

Photobucket
Peserta Pertandingan

Pada hari Sabtu 9 Jun 2012, Jiran Muda KRT RPP1 telah mengadakan pertandingan diatas bertempat di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 11 orang peserta dari Jiran Muda KRT RPP1 mengikuti pertandingan ini. Selain pertandingan diatas, ahli - ahli Jiran Muda juga dapat berkumpul sambil berekreasi serta mengikuti aktiviti yang sihat.

Johan pertandingan ini disandang oleh Sdra Zul, Naib Johan Sdra Izzul Azfar dan Ketiga Sdra Erwan yang disampaikan oleh En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT RPP1. Pertandingan ini bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 10.45 malam.

Photobucket
Ucapan dari En. Norhazli Mohamad selaku
penganjur pertandingan

Photobucket
Para peserta bersedia untuk pertandingan

Photobucket
Susun step nak baling

Photobucket
Antara aksi pemain

Photobucket
Pencatat mata pertandingan

Photobucket
Penyampaian hadiah oleh En. Fahmi
Setiausaha KRT RPP1

Saturday, June 9, 2012

Program Ramah Mesra Bersama Pengarah JPNIN Johor

Pada hari Rabu 6 Jun 2012, KRT RPP1 telah menghantar seramai 3 orang pegawai KRT ke program diatas yang diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang yang dihadiri oleh. Program ini dirasmikan oleh YB datuk M. Munusamy - ADUN Kawasan Permas. Turut hadir ialah YB En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya, En. Shahrani bin Yusof, Pegawai Perpaduan Daerah JB dan En. Roslan bin Hj Hassan, Pengerak Perpaduan Parlimen PG.

Turut juga diadakan penyampain Anugerah Pengurusan KRT Cemerlang Peringkat Negeri Johor kepada KRT Taman Mawar Fasa 1, SRS Terbaik iaitu SRS KRT Zon Sentosa, Nusa Damai dan beberapa anugerah lain. Sessi dialog diadakan dipengerusikan oleh En. Rajali bin Mudin - Pengarah JPNIN Johor sendiri bagi mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh KRT dalam Zon Pasir Gudang. Majlis ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam.


Photobucket
Suasana kehadiran wakil-wakil KRT dalam
Zon Pasir Gudang

Photobucket
VVIP yang hadir dalam program ini

Photobucket
KRT Taman Mawar Fasa1 dianugerah Pengurusan
KRT Cemerlang Negeri Johor

Photobucket
Sessi dialog bersama Pengarah JPNIN Johor

Photobucket
Ketika jamuan VVIP

Photobucket
Antara wakil dari KRT RPP1

Sunday, June 3, 2012

Sambutan Hari Keputeraan Ke 84 SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia

Photobucket
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong Ke 14
Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah 
Ibni Almarhum Tuanku Badlishah

DAULAT TUANKU