Monday, September 17, 2012

Sunday, September 9, 2012

Majlis Ramah Mesra Bersama YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang Sempena Aidilfitri Dan Sambutan Bakal Haji

Pada hari Jumaat 7 September 2012, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di perkarangan Blok 10,11 LPJ Flat. Hadir beramah mesra ialah YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.  Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas, En. R. Sabapathy Pengerusi MIC Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Selain beramah mesra sempena Aidilfitri bersama penduduk RPP1/LPJ, diadakan majlis marhaban dan potong jambul  serta penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal haji sekitar RPP1/ LPJ yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini serta penyampaian kepada pelajar yang cemerlang dalam akademiknya. Majlis diakhiri dengan jamuan ramah mesra serta persembahan pancuran bunga api .

Photobucket
Ketibaan YB Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Ucapan alu aluan dari Tn. Hj. Sabran bin Awang
Pengerusi KRT RPP1 merangkap Ketua UMNO cawangan RPP1

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Photobucket
Antara jemputan VIP yang hadir

Photobucket
Para pemimpin bacaan marhaban

Photobucket
YB Dato' Seri sedang memotong jambul bayi

Photobucket
Marhaban bersama - sama

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada baka - bakal haji

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang

Photobucket
Para penduduk sedang mengambil juadah jamuan

Photobucket
Para VVIP juga menikmati jamuanya

Photobucket
Persembahan bunga api dari Persatuan Penduduk LPJ Flat

Sunday, September 2, 2012

Majlis Sambutan Merdekaraya Peringkat Taman Air Biru

Pada Khamis 30 Ogos 2012, KRT RPP1 dijemput bersama memeriahkan program diatas anjuran Persatuan Penduduk Rumah Murah Perjiranan 9 dan JKP Zon Air Biru 3 yang telah diadakan di Dewanraya Perjiranan 9 yang dirasmikan oleh En. Leong Kwai Seng, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 3 mewakili Yang Dipertua MPPG. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin A. Latiff Bendahari UMNO Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis MPJBT, Pn. Hjh Normala Abd Samad Ketua Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Rakyat Perdana dan En. R. Sabapathy Pengerusi MIC Bhg Pasir Gudang yang juga Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Selain sambutan Aildifitri, diadakan persembahan seni pertahankan diri Silambam, tayangan gambar 'Merdeka 57" serta nukilan puisi kemerdekaan yang disampaikan sendiri oleh Tn. Hj. Jamari Rohadi, Pengerusi Persatuan Penduduk Perjiranan 9. hadir juga YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas bagi bersama-sama menyambut ambang kemerdekaan dengan pancaran bunga api. Program ini bermula jam 9 malam dan berakhir jam 12.30 tghmlm.

Photobucket
Kehadiran penduduk

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Leong Kwai Seng Ahli Majlis
MPPG Zon Air Biru 3 mewakili YDP MPPG

Photobucket
Antara dif-dif VVIP yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Sabran Pengerusi KRT RPP1 bersama
Tn. Hj. Rahim Ahli Majlis MPJBT & 
Tn. Hj. Ariff Pengerusi JK Masjid Perjiranan 9

Photobucket
Persembahan seni silat Silambam dari Persatuan Silambam
Negeri Johor

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada murid tadika KEMAS yang
memenangi pertandingan mewarna

Photobucket
Ucapan khas dari YB M. Munusamy ADUN Permas

Photobucket
Kereta berhias

Photobucket
Para VIP sedang menunggu countdown ke pukul 12 thgmlm
tanda Hari Kemerdekaan ke 55

Photobucket
Persembahan bunga api