Kelas KPKK yang dikendalikan oleh KEMAS Pasir Gudang telah dijalankan sejak bulan Jun 2011 dan sekarang ini kelas tersebut masih dijalankan pada petang Isnin tiap-tiap minggu. Kini semakin ramai penyertaan Jiran Wanita menyertai kelas ini yang sekarang disertai seramai lebih 20 orang.
Antara kelas yang dijalankan seperti kelas memasak, membuat kuih serta gubahan dan atas inisiatif beberapa orang ibu - ibu telah mengadakan bengkel menjahit pada petang Selasa tiap-tiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini dapatlah memberi ilmu dan pengalaman kepada kaum wanita dan ibu-ibu serta mengisi masa lapang dengan program - program berunsur ilmu.