Tuesday, May 24, 2011

Majlis Bacaan Yassin Jiran Wanita Serta Taklimat Hal Ehwal Pengguna

Pada Sabtu 21 Mei 2011, Jiran Wanita KRT RPP1 telah mengadakan majlis ilmu diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai lebih 50 orang terdiri dari jiran wanita KRT dan penduduk sekitar kawasan Rumah pangsa Peringkat 1 dan taman - taman perumahan berhampiran.

Turut hadir ialah wakil dari Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal ehwal Pengguna serta Tn. Hj. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1. Selain majlis baacan yassin diadakan taklimat oleh wakil KPDNHEP bagi memberi sedikit maklumat berkenaan dengan hal ehwal pengguna. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket
Majlis bacaan Surah Yassin

Photobucket
Taklimat Kepenggunaan oleh wakil dari
Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP

Photobucket
Sebahagian wanita sedang mendengar taklimat

Friday, May 13, 2011

Sambutan Hari Guru Bersama Tenaga Pengajar KPKK

Pada 10 Mei 2011 bersempena dengan Hari Guru, para peserta Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (KPKK) mengadakan jamuan bagi meraikan sumbangan dan tenaga pengajar yang diberi oleh pengajar KPKK dari KEMAS Pasir Gudang. Majlis ini diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Turut hadir ialah Pn. Asimah Jusoh, Pengerusi Jiran Wanita KRT RPP1.

Photobucket
Kehadiran peserta kelas KPKK

Photobucket
Acara potong kek sempena menyambut
Hari Guru

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar
KPKK olen Pn. Asimah Jusoh

Wednesday, May 11, 2011

Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2

Photobucket
Dewan Masyarakat yang akhirnya siap sepenuhnya pada
akhir April 2011 yang akan menjadi pusat kegiatan KRT RPP1 dan
kegunaan untuk penduduk