Tuesday, May 24, 2011

Majlis Bacaan Yassin Jiran Wanita Serta Taklimat Hal Ehwal Pengguna

Pada Sabtu 21 Mei 2011, Jiran Wanita KRT RPP1 telah mengadakan majlis ilmu diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai lebih 50 orang terdiri dari jiran wanita KRT dan penduduk sekitar kawasan Rumah pangsa Peringkat 1 dan taman - taman perumahan berhampiran.

Turut hadir ialah wakil dari Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal ehwal Pengguna serta Tn. Hj. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1. Selain majlis baacan yassin diadakan taklimat oleh wakil KPDNHEP bagi memberi sedikit maklumat berkenaan dengan hal ehwal pengguna. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket
Majlis bacaan Surah Yassin

Photobucket
Taklimat Kepenggunaan oleh wakil dari
Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP

Photobucket
Sebahagian wanita sedang mendengar taklimat

No comments: