Saturday, June 4, 2011

Majlis Mesra Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan MPPG 2011

KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah menghantar seramai 4 orang wakilnya ke program diatas yang diadakan pada hari Rabu 1 Jun 2011 bertempat di Aras 3 Menara Aqabah Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang yang terdiri dari wakil2 persatuan penduduk, NGO - NGO, jabatan kerajaan dan swasta, kilang2, PIBG Sekolah dan ibu bapa penjaga yang anak mereka mendapat anugerah pelajar cemerlang.

Majlis perasmian dan taklimat MPPG disempurnakan oleh Tuan Haji Rahim bin Nin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah Setiausaha MPPG, Ketua Polis IPD daerah Seri Alam dan Pengurus TNB Malaysia Cawangan Selatan. Antara program yang dijalankan ialah taklimat dari pengurus TNB serta dari IPD Seri Alam berkenaan Program Bandar Selamat dikuti dengan majlis dialog. Turut diadakan ialah majlis penyampaian penghargaan pelajar cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2010.

Photobucket
Para VIP dan wakil - wakil yang hadir dalam
program ini

Photobucket
Tn. Hj. Sabran dan En. Musa mewakili KRT RPP1

Photobucket
YDP MPPG sedang memberikan taklimat
berkenaan perancangan dan strategik MPPG

Photobucket
Penyampaian pengharagaan oleh YDP MPPG
kepada pelajar cemerlang

No comments: