Tuesday, December 21, 2010

Ahli Jawatankuasa KRT RPP1 Sessi 2011 - 2013

Pengerusi : Tn. Hj. Sabran bin Awang
Tim. Pengerusi : En. Hamdan bin Sulaiman
Setiausaha : En. Mohd Khairul Fahmi bin Jaafar
Tim. Setiausaha : Cik Fauziah binti Mohamed
Bendahari : En. Musa bin Abd. Rahman
Ahli Jawatankuasa:
- Tn. Hj. Abu Bakar bin Taib
- En. Tompang bin Jinal
- En. Salleh bin Abd Rahman
- Pn. Saliah binti Salleh
- En. Talib bin Saripan
- En. Abd Satar bin Ahmad
- Pn. Sabariah binti Sabtu
- Pn. Asimah binti Jusoh
- Tn. Hj. Suhada bin Biran
- En. Noor Azman bin Sharif
- En. Mohd Khairul Faiz bin Jaafar
- Pn. Fatimah binti Amran
- Pn. Jaliah binti Ali
- Pn. Faridah binti Mohamad
- En. Letchumanan a/l Govindasamy
- En. Razak bin Adnan
- Pn. Tunjiah binti Saparie

Monday, December 20, 2010

Mesyuarat Agong KRT RPP1 kali Ke 6/ 2011

Pada rabu 15 Disember 2010, KRT Rumah pangsa Peringkat 1 telah mengadakan mesyuarat agongnya bagi tahun 2011 yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 18 orang terdiri dari AJK dan penduduk RPP1 hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan olen Tn. Hj. sabran Awang - Pengerusi KRT RPP1.

Dalam mesyuarat ini diadakan perlantikan bagi Ahli Jawatankuasa KRT yang baru bagi tahun 2011/2012 serta juga membincangkan hal - hal lain berkenaan KRT RPP1. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Saturday, December 11, 2010

Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia Parlimen Pasir Gudang

Pada sabtu 4 Disember 2010, Wanita UMNO bahagian Pasir Gudang bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Kolej Komuniti Pasir Gudang telah menganjurkan Program Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia yang diadakan di Bukit Layang - Layang, Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen pasir Gudang.

Berbagai program dan acara diadakan seperti pertandingan bola jaring berkain, sukaneka, pertandingan memasak & gubahan, pertandingan bayi comel dan berbagai lagi aktiviti yang menarik.

Photobucket
YB Dato' Seri dengan gaya berkain pelikat bergerak
untuk perasmian program ini

Photobucket
Antara VIP yang hadir dalam program ini

Photobucket
Aktiviti pertandingan bola jaring berkain

Photobucket
Kemeriahan aktiviti sukaneka tarik tali

Photobucket
Wakil dari RPP1 telah mendapat johan pertandingan
memasak masakan 1 Malaysia


Thursday, December 2, 2010

Wednesday, December 1, 2010

Taklimat Panduan Pengauditan Dan Mengisi Borang Geran KRT Zon Pasir Gudang

Photobucket

Pada Isnin 29 November 2010, KRT RPP1 telah menghantar 2 orang wakil En. fahmi - Setiausaha KRT RPP1 dan En. Musa - AJK KRT RPP1 ke taklimat berkenaan diatas telah diadakan di Bangunan KRT Taman Mawar fasa 2,3 & 4 yang dihadiri seramai. Taklimat ini disampaikan oleh Pn Shamsilawati - Pegawai Kanan Perpaduan daerah JB. Turut hadir ialah En. Rozaidi Ikhwan - Pen. Pegawai kanan Perpaduan daerah JB dan En. Zulfadli - Pegawai Penyelaras KRT Zon Pasir Gudang.

Selain taklimat diatas, pihak Pejabat Perpaduan juga memberi taklimat dan sessi soal jawap berkenaan pekara - pekara yang berkaitan dengan skima baru SRS, perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan dan syarat - syarat keahlian KRT dan perlantikan jawatankuasa KRT. Taklimat ini bermula jam 9.30 mlm dan berakhir jam 11.30 malam.

Photobucket
Suasana taklimat di banguna KRT Tmn Mawar
Fasa 2,3,4

Photobucket
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Perpaduan
Daerah JB

Photobucket
En. Musa & En. Fahmi mewakili KRT RPP1 bersama
Tn. Hj. Jamari & Setiausahanya bagi wakil
KRT Perjiranan 9

Photobucket
Berborak selepas selesai taklimat

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM/ STPM


Kami disini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar di kawasan KRT RPP1 khasnya dan kepada seluruh Malaysia amnya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi remaja yang berguna akan datang.

Sunday, November 21, 2010

Friday, November 19, 2010

Agihan Daging Lembu Korban Oleh KRT/ DeVIT RPP1 & ERC Sempena Hari Raya Aidiladha

Pada 17 November 2010 bertepatan dengan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha, En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT/ DeVIT RPP1 mewakili Pengerusi KRT RPP1 dan En. Norhazli bin Mohamad - Ketua Pemimpin Echo Rovers Crew (ERC) telah membuat edaran daging korban kepada mereka - mereka yang kurang mampu, ibu tunggal, OKU dan anak yatim disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Daging korban adalah hasil sumbangan dari Surau Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
En. Norhazli dan En. Fahmi sedang menyampaikan
sumbangan daging kepada antara penduduk
sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1

Monday, November 15, 2010

Pelancaran Program "Community Policing" Peringkat IPD Seri Alam

Pada Sabtu 13 November 2010, KRT RPP1 dijemput menghadiri Pelancaran program diatas anjuran Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seri Alam yang diadakan di Dataran Al Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Program dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDH DCP. Dato' Mohd Mokhtar bin Hj Md Sharif - Ketua Polis Johor, Tn. Hj. Rahim bin Nin - yang Dipertua MPPG dan Supt. Mohd Roslan bin Zainudin - Ketua Polis IPD Seri Alam.

Turut diadakan gimik perasmian "Community Policing" dimana dipersembahkan dengan persembahan pancaragam dari PDRM, gimik membentras jenayah dan pertunjukan kecekapan dari dari Cawangan Polis Traffic. Selain aktiviti diatas turut diadakan sudut pameran yang berkenaan dengan Polis Diraja Malaysia. Acara bermula pada jam 9.00 oagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Photobucket
Antara VVIP Y.B Dato' Seri Hj Khaled Nordin bersama
Ketua Polis Johor, YDP MPPG dan Ketua Polis IPD Seri Alam

Photobucket
Antara pengunjung yang hadir menyaksikan

Photobucket
Pelancaran oleh YB Dato' Seri Hj Khaled bin Nordin

Photobucket
Persembahan gimik perasmian

Photobucket
Persembahan dari pancaragam PDRM

Photobucket
Persembahan oleh Unit Cawangan Polis Traffic

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H/ 2010 M

Thursday, October 14, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1431 Hijrah/ 2010 Masihi

KRT dan DeVIT RPP1 mengucapkan selamat berangkat & selamat menunaikan Ibadah Haji kepada mereka -

1. En. Sabran bin Awang ( Pengerusi KRT/DeVIT ) & Isterinya
2. En. Suhada bin Biran ( AJK KRT ) & Isterinya
3. En. Abu Bakar bin Taib ( AJK KRT/ DeVIT ) & Isterinya

Semoga mereka mendapat keberkatan di Tanah Suci dan Haji yang mabrur - Amin

Sunday, October 10, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji JKP Zon Air Biru 2

Pada 9 Oktober 2010, JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan programnya diatas bagi meraikan bakal-bakal haji dari Zon Air Biru 2 bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai hampir 50 orang penduduk terdiri dari ketua - ketua masyarakat dan penduduk di sekitar kawasan Zon MPPG Air Biru 2. Seramai 8 orang bakal haji dari Zon Air Biru 2 dipilih bagi mengikuti ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari bakal - bakal haji dan bacaan doa selamat agar mereka ini selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.

Photobucket
Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Aziz sedang membaca doa selamat

Photobucket
En. Musa dan En. Aziz sedang berbual selepas
menjamu selera

Tuesday, October 5, 2010

Gotong Royong Perdana MPPG 2010

Pada Sabtu 3 Oktober 2010, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan program diatas yang diadakan serentak di 24 zon dalam MPPG pada tarikh tersebut yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin – Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin, Ahli – ahli majlis MPPG serta ketua – ketua masyarakat yang diadakan di Blok 53, Taman Cendana.

Bagi peringkat Zon Air Biru 2 diadakan taklimat gotong royong oleh En. Sabran bin Awang – Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 merangkap Ketua DeVIT Zon Air Biru 2 bertempat di Perumahan Bakti 1. Seramai hampir 100 penduduk menjalankan gotong royongnya di kawasan masing – masing iaitu di Perumahan Bakti 1 dan 2, Rumah pangsa Peringkat 1 (termasuk KTMB Flat) dan perumahan Perjiranan 10. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy, Pengerusi Zon Air Biru 2 merangkap Ahli Majlis MPPG, En. Ariffin dari Jabatan Kesihatan MPPG dan En. Solaino dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Photobucket
En. Sabran Awang - Pengerusi JKP merangkap
Ketua DeVIT Zon Air Biru 2 sedang memberikan
taklimat

Photobucket
Sebahagian penduduk yang berkumpul di Perumahan
Bakti 1 sedang mengedarkan plastik sampah

Photobucket
Gotong royong pembersihan sedang dijalankan

Photobucket
Antara ahli DeVIT Zon Air Biru 2 yang hadir
dalam gotong royong ini

Photobucket
Turut hadir ialah En. Sabapathy - Ahli majlis MPPG
Zon Air Biru 2 dan En. Solaino - Pejabat Kesihatan
Johor Bahru

Monday, September 27, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri RPP1

Pada Sabtu 25 September 2010, KRT RPP1 bersama dengan DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang didakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan dan penduduk hadir dalam majlis ini. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka. Majlis bermula jam 8.45 dan berakhir jam 11.00 malam.

Photobucket
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Pengerusi KRT & DeVIT RPP1
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

Thursday, September 23, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aildilfitri KRT RPP1

Tarikh
25 September 2010 (Sabtu)
Tempat
Hadapan Blok 17, SEDC Flat Pasir Gudang
Masa
8.30 mlm hingga 11.00 mlm

Friday, September 17, 2010

Tahniah Kepada KRT Rumah Pangsa Peringkat 1

Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Landskap dan Pencahayaan serta Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat MPPG sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 53. Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menyumbang dalam menghiasi Taman Koumniti ini.

Photobucket
Plaq pertandingan hias jalur gemilang & landskap

Photobucket
Sijil penyertaan pertandingan

Tuesday, September 7, 2010

Gotong Royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk Sempena Bulan Puasa

Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 bersama dengan KRT RPP1 dan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas pada hujung minggu sepanjang bulan puasa iaitu pada 15, 22, 29 Ogos dan 5 Septermber 2010. Ia merupakan kesinambungan dari Program Bengkel Demonstrasi Bubur Lambauk yang diadakan pada awal bulan Ogos yang lepas.

Gotong Royong bermula pada jam 9.00 pagi di hadapan Blok 13 SEDC Flat dan disebelah petang pula mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk dalam kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Turut hadir meninjau ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket