Monday, November 15, 2010

Pelancaran Program "Community Policing" Peringkat IPD Seri Alam

Pada Sabtu 13 November 2010, KRT RPP1 dijemput menghadiri Pelancaran program diatas anjuran Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seri Alam yang diadakan di Dataran Al Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Program dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDH DCP. Dato' Mohd Mokhtar bin Hj Md Sharif - Ketua Polis Johor, Tn. Hj. Rahim bin Nin - yang Dipertua MPPG dan Supt. Mohd Roslan bin Zainudin - Ketua Polis IPD Seri Alam.

Turut diadakan gimik perasmian "Community Policing" dimana dipersembahkan dengan persembahan pancaragam dari PDRM, gimik membentras jenayah dan pertunjukan kecekapan dari dari Cawangan Polis Traffic. Selain aktiviti diatas turut diadakan sudut pameran yang berkenaan dengan Polis Diraja Malaysia. Acara bermula pada jam 9.00 oagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Photobucket
Antara VVIP Y.B Dato' Seri Hj Khaled Nordin bersama
Ketua Polis Johor, YDP MPPG dan Ketua Polis IPD Seri Alam

Photobucket
Antara pengunjung yang hadir menyaksikan

Photobucket
Pelancaran oleh YB Dato' Seri Hj Khaled bin Nordin

Photobucket
Persembahan gimik perasmian

Photobucket
Persembahan dari pancaragam PDRM

Photobucket
Persembahan oleh Unit Cawangan Polis Traffic

No comments: