Monday, October 29, 2012

Program Ibadah Korban KRT RPP1

Pada Jumaat 26 Oktober 2012, bertepatan dengan perayaan Hari Raya Korban, KRT RPP1 berkerjasama dengan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Kegiatan Penduduk Flat LPJ. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan sumbangan dari Parlimen Pasir Gudang dan masyarakat setempat.

Hadir bersama ialah Tuan Haji Sabran - Pengerusi KR RPP1, En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT RPP1 dan Tuan Haji Menjali - Pengerusi Penduduk Blok LPJ. Program ini dijalan selepas solat Jumaat dan berakhir jam 5.00 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, October 17, 2012

Mini Karnival & Hi Tea Bersama YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang


Pada Sabtu 13 Oktober 2012, KRT RPP1 dijemput hadir ke program diatas anjuran Koperasi Seri Cempaka yang diadakan di Aras 3 Menara Aqabah, Pasir Gudang. Hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya dan Tuan Haji Onn bin Jabbar@ Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dalam majlis ini turut diadakan majlis pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka oleh YB Dato' Seri. Beberapa acara menarik diadakan seperti cabutan nombor bertuah, kerusi beracun, tiru macam saya dan sebagainya. Majlis jamuan juga diselitkan dengan persembahan keroncong dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan tarian kebudayaan dari Warisan Johor. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen PG

Photobucket
Antara Jiran Wanita KRT RPP1 yang hadir
dalam majlis ini

Photobucket
Tuan Haji Sabran Awang Pengerusi KRT RPP1
bersama Setiausahanya

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Ahli Parlimen PG

Photobucket
Pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka

Photobucket
Persembahan keroncong dari MPPG

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori lelaki

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori wanita

Tuesday, October 9, 2012

Taklimat Akta Baru Kawasan Rukun Tetangga Peringkat Daerah Johor Bahru

Pada Ahad 7 Oktober 2012, KRT RPP1 telah menghantar Tuan Haji Sabran Awang (Pengerusi) dan En. Khairul Fahmi (Setiuasaha) ke program diatas anjuran Pejabat Perpaduan daerah Johor Bahru yang diadakan di Dewan Mohamad Rahmat, Pengakalan Rinting JB. Seramai hampir 100 orang pegawai-pegawai KRT dari seluruh daerah Johor Bahru hadir mengikuti taklimat ini yang dirasmikan oleh En. Rajali bin Mudin, Pengarah JPNIN Negeri Johor. Turut hadir ialah En. Shahrani Yusof, Pegawai Perpaduan daerah JB.

Taklimat ini disampaikan oleh En. Bahrin Idris, Pengarah Institiut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) berkenaan Akta Rukun Tetangga baru yang akan diguna pakai bagi mengantikan Akta Rukun Tetangga tahun 1974 yang digunakan sebelum ini. Antara penerangan yang diberi berkaitan penubuhan, tugas-tugas, pemilihan jawatankuasa, SRS dan sebagainya. Taklimat ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tghri.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket