Pada Sabtu 8 Jun 2013, KRT RPP1 bersama dengan UMNO Cawangan RPP1, JKP Zon Air Biru 2 dan NGO-NGO dalam kawasan RPP1 menganjurkan program diatas yang diadakan di Pekarangan Jalan 10/27 (Blok 16, 17 SEDC Flat) Taman Air Biru. Majlis ini dihadiri oleh YAB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas. Turut hadir ialah En. Saipol Rahman Setiausaha MPPG bagi mewakil Yang Dipertua MPPG, En. Shahrani Yusof Pegawai Perpaduan Daerah JB.
Majlis ini diadakan bertujuan meraikan kesyukuran selepas menghadapi PRU ke 13 dan juga meraikan penduduk RPP1 atas selesainya projek mengecat dan menceriakan 12 buah blok dalam RPP1 yang mendapat bantuan dari Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M). Majlis selesainya projek tersebut disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Johor.
Ketibaan YAB Menteri Besar Johor diiringi VIP
yang lain
Ucapan alu aluan dari Pengerusi Penduduk RPP1
merangkap Pengerusi KRT RPP1
Antara penduduk yang hadir
Antara penduduk dan VIP yang hadir
Ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Johor
Perasmian penutup Projek TP1M di RPP1
Penyampaian cenderahati kepada YAB Menteri Besar
Johor dari penduduk RPP1
Jamuan VIP di Balai Komuniti Zon Air Biru 2