Pada Sabtu 7 Disember 2013, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG, JKP Zon Air Biru 2 dan KRT RPP1 sekali lagi menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 33 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Rumah pangsa Peringkat 1 dan NGO menyertai kursus ini.
Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Kursus ini akan dijalan setiap bulan sepanjang tahun 2013 dan 2014 akan datang. Pada kursus kali ini berkenaan jenis tanaman herba dan demo "Mandian Herba" serta pembuatan racun serangga mengunakan pokok herba. Para peserta kursus juga berpeluang membuat tempat menanam kaedah "Bantal Peluk" yang diajar oleh tenaga pengajar dari UPM. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 12.30 tengahari. Kursus berikutnya akan diadakan pada 28 Disember 2013.