Pada Sabtu 15 Febuari 2014, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG dan KRT RPP1 serta JKP Zon Air Biru 2 sekali lagi menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 28 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Zon MPPG Air Biru 2 dan NGO menyertai kursus ini.
Turut hadir ialah Pn. Azizah, Ketua Jabatan Landskap MPPG. Kursus ini akan dijalan setiap bulan sepanjang tahun 2014 akan datang. Pada kursus kali ini berkenaan jenis tanaman "Growbag" serta demo pembuatan racun serangga mengunakan barangan dapur seperti bawang putih, sabun, cili dan sebagainya. Para peserta kursus juga berpeluang mempraktikan cara membuat bantal "Growbag" sendiri yang diajar oleh tenaga pengajar dari UPM. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 12.30 tengahari.