Tuesday, February 17, 2009

Pelancaran SRS KRT RPP1

Pada hari sabtu 14 Febuari 2009, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) telah melancarkan Skim Rondaan Sukarelanya (SRS) sepertimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat KRT RPP1 yang lepas. Seramai 24 orang Pemastautin Sukarelawan terlibat dalam SRS ini .Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah wakil dari Balai Polis Pasir Gudang, Sarjan Razib yang mewakili Ketua Polis Balai, Cif Insp. Kamarul Hamizi untuk memberikan taklimat dan penerangan tentang peranan SRS dalam menjaga keselamatan dan hubungan kerjasama dengan pihak polis. SRS KRT RPP1 akan menjalankan rondaan sebanyak seminggu sekali iaitu pada malam minggu dan malam cuti umum. Kawasan rondaan dipecahkan menjadi 3 zon atau pasukan melibatkan Jalan 10/17, 10/19, 10/26, 10/28 dan 10/29 yang merangkumi semua blok 01 hingga 24, Kawasan Perumahan 69, Sek. Agama serta Sek. Keb Pasir Gudang 1 dan Masjid Tmn Air Biru. Rondaan dijalan dalam 2 syif. Walaupun permohonan SRS masih dalam proses kelulusan namun dengan semagat dan inisiatif Pemastautin Sukarelawan demi keselamatan bagi mencegah jenayah serta kebenaran dari pihak Pejabat Perpaduan dan Balai Polis Pasir Gudang, pihak KRT RPP1 mengambil langkah untuk mengerakan dahulu SRS secara tidak rasmi.

Anggota SRS KRT RPP1 menunggu giliran bertugas

Antara anggota SRS yang berehat setelah tamat syif

Sjn Razib dari Balai Polis Pasir Gudang memberikan
sedikit taklimat berkenaan rondaan dan keselamatan

No comments: