Saturday, January 23, 2010

Sembah Takziah Dari Kami KRT Rumah Pangsa Peringkat 1


Sultan Berjiwa Rakyat itulah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru akibat gering. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Kami semua selaku rakyat setia Johor mengucapkan Sembah salam Takziak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor, pembesar-pembesar Johor, pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang lain. Sesungguhnya pemergian Baginda amat dirasai dan terasa satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor. Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

AL-FATIHAH


Wednesday, January 13, 2010

Pelancaran Kegiatan COMBI & Gotong Royong 2010

Pada Ahad 10 Januari 2010, JKP Zon Tmn Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 bersama dengan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Ahli COMBI RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai hampir 100 orang penduduk hadir dalam kegiatan. Turut hadir ialah Cik Siti Aisyah, wakil Yang Dipertua MPPG dan En. Nazri dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Turut terlibat dalam program ini ialah Kelab Belia Kompang/Tarian RPP1 dan Pasukan Pengakap Laut Terbuka serta anggota bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang yang sama - sama membantu membersihkan longkang. Selepas pelancaran, semua penduduk menjalankan gotong royongnya di blok masing - masing. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari. Kegiatan COMBI ini akan terus dilaksanakan dikawasan perumahan lain dalam kawasan Zon Taman Air Biru sepanjang tahun 2010 ini

Taklimat dari Wakil Pejabat Kesihatan Daerah JB

Antara penduduk RPP1 yang hadir

Penduduk sedang membersihkan pekarangan bloknya

Warga asing juga turut menyertai

Lagi penduduk sedang bergotong royong

Anggota Bomba sedang membersihkan longkang

Kelab Belia RPP1

Pengakap Laut Terbuka

Genap Setahun usia SRS KRT Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Januari 2010 ini maka genaplah setahun usia perjalanan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan pada pertengahan Januari 2009 yang lalu. Walaupun SRS KRT RPP1 telah lulus penubuhanya pada 11 Jun 2009, Inisiatif penduduk KRT dalam kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 telah banyak mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini. Sungguhpun setahun usia SRS KRT RPP1 tetapi banyak pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan SRS ini. Pada 9 Januari 2010, Pos SRS dilawati oleh Insp. Esa bin Masurun, Tim. Ketua Polis Balai Pasir Gudang bersama Kopral Jasni dan beberapa anggota lain.

Lawatan Pegawai En. Esa bin Masurun
bersama Kopral Jasni


Anggota SRS KRT RPP1 sedang berehat sebentar
sebelum meneruskan rondaanya

Bersengkang mata. Antara anggota SRS sedang
berkawal di kawasan RPP1