Pada Ahad 10 Januari 2010, JKP Zon Tmn Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 bersama dengan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Ahli COMBI RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai hampir 100 orang penduduk hadir dalam kegiatan. Turut hadir ialah Cik Siti Aisyah, wakil Yang Dipertua MPPG dan En. Nazri dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Turut terlibat dalam program ini ialah Kelab Belia Kompang/Tarian RPP1 dan Pasukan Pengakap Laut Terbuka serta anggota bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang yang sama - sama membantu membersihkan longkang. Selepas pelancaran, semua penduduk menjalankan gotong royongnya di blok masing - masing. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari. Kegiatan COMBI ini akan terus dilaksanakan dikawasan perumahan lain dalam kawasan Zon Taman Air Biru sepanjang tahun 2010 ini
Taklimat dari Wakil Pejabat Kesihatan Daerah JB
Antara penduduk RPP1 yang hadir
Penduduk sedang membersihkan pekarangan bloknya
Warga asing juga turut menyertai
Lagi penduduk sedang bergotong royong
Anggota Bomba sedang membersihkan longkang
Kelab Belia RPP1
Pengakap Laut Terbuka
No comments:
Post a Comment