Friday, April 30, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa KRT dan DeVIT RPP1 2010

Pada Rabu 28 April 2010, Kawasan Rukun Tetangga dan DeVIT RPP1 telah mengadakan mesyuaratnya diatas bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 12 orang ahli jawatankuasa hadir dalam mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT merangkap Ketua Pasukan DeVIT RPP1. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi membincangkan pekara - pekara berkenaan kebajikan penduduk serta merancang program - program yang akan dilaksanakan kerjasama antara KRT dan DeVIT RPP1. Antaranya ialah Kempen Kesihatan bersama dengan Sek. Agama Pasir Gudang 1 dan sebagainya. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.45 malam.

No comments: