Wednesday, July 28, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Air Biru 2 kali ke 6

Pada Ahad 25 Julai 2010, DeVIT Zon Air Biru 2 dengan bekerjasama Pejabat Kesihatan Daerah JB dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di 12 blok SEDC Flat yang melibatkan blok Lam Soon dan KTMB. Seramail hampir 100 orang penduduk RPP1 mengadakan gotong royong membersihkan blok masing - masing bagi tujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides.

Turut hadir ialah En. Idris dari Pejabat Kesihatan Daerah JB dan para pegawainya serta wakil dari Bahagian Kesihatan MPPG. Juga kehadiran En. Za' nal bin Hj. Misran - Setiausaha MPPG yang datang melawat pada tengahari tersebut ke blok - blok semasa gotong royong sedang berjalan. Program gotong royong ini8 bermula pada jam 8.30 pagi dang berakhir jam 12.30 tghri.

Para Penduduk sedang membersihkan
halaman belakang blok

Di hadapan flat KTMB

En. Idris dari Pejabat Kesihatan Daerah JB bersama
En. Ariffin dari MPPG memeriksa blok 21 yang
ditinggalkan kosong

Penghuni juga sempat menceriakan blok dengan
menanam pokok

En. Za' nal Setiausaha MPPG sedang berbincang
dengan En. Idris

Wednesday, July 21, 2010

Gotong Royong Basmi Aides & Kegiatan COMBI Ke 6

Tarikh
25 Julai 2010 (Ahad)
Tempat
Semua blok dalam kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1
(Blok 1 hingga 24)
Masa
8.30 pagi hingga 12.00 tghri

Semua Ahli DeVIT Zon Air Biru 2 diminta hadir

Tuesday, July 20, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 Kali Ke 5

Pada Ahad 18 Julai 2010, JKP Zon Air Biru 2 dengan bekerjasama JK Masjid Taman Air Biru, DeVIT Zon dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang yang terdiri dari penduduk dan jemaah masjid hadir bersama - sama membersih dan menceriakan persekitaran masjid sempena menyambut bulan puasa akan datang.

Turut hadir bersama - sama membersihkan kawasan masjid ialah Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman - Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru. Antara gotong royong yang dibuat ialah membersihkan longkang, kolam wuduk serta persekitaran dalam dan luar masjid. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket
Sedang membersihkan tingkap masjid

Photobucket
Pembersihan di dalam masjid

Photobucket
Posing selepas membersihkan longkang dan
kolah masjid


Photobucket
Bersarapan pagi

Photobucket
Berehat selepas tamat gotong royong

Monday, July 5, 2010

Program "Road Safety Walk" Negeri Johor

Pada 3 Julai 2010, KRT RPP1 dan Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi (DeVIT) RPP1 telah menghantar seramai 20 orang bagi menyertai Program "Road Safety Walk" anjuran MPPG dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Seramai lebih 1000 orang peserta terdiri dari persatuan penduduk, NGO, jabatan kerajaan/swasta, industri dan orang perseorangan menyertai program ini yang bermula dari Dataran Mawar hingga ke Dataran Aqabah, Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Ahmad Zahri bin Jamil - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor bagi mewakil YB. Dato Abd Ghani bin Othman - Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah dan Yang Dipertua MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin serta Ahli - Ahli Majlis MPPG. Selain program berjalan sambil mengedar risalah, turut diadakan juga perkongsian pengalaman oleh seorang mangsa kemalangan, gimik kemalangan dan cabutan nombor bertuah. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket

Sebahagian peserta dari KRT & DeVIT RPP1

Photobucket

Suasana keadaan di Dataran Mawar

Photobucket

Ketibaan YB Hj Ahmad Zahri, Exco Kerajaan Negeri
Johor diiringi YDP MPPG serta Ahli Majlis MPPG

Photobucket

Keramaian peserta di kawasan pekedaian
Taman Mawar

Photobucket

Himpunan para peserta berarak sepanjang jalan
sehingga ke Dataran Aqabah

Photobucket

YB Exco sedang menyampaikan risalah tentang
keselamatan jalanraya kepada peniaga Pasar Tani

Photobucket

Suasana di Dataran Aqabah

Photobucket

Gimik Kemalangan

Saturday, July 3, 2010

Perisytiharan Pasir Gudang Sebagai Majlis Perbandaran

1 Julai 2010 merupakan tarikh keramat bagi penduduk Pasir Gudang dimana pada tarikh tersebut Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dirasmikan. Dalam masa yang sama diadakan perasmian logo dan bendera MPPG serta perasmian Merana Aqabah yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi pusat pentadbiran MPPG. Majlis diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan pembacaan watikah perisytiharan oleh Menteri Besar Johor, persembahan kebudayaan serta artis jemputan dan sebagainya. Diakhir perasmian dipancarkan bunga api yang berwarna warni selama 15 minit.

Ketibaan YB. Dato' Abd Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor dan dif - dif VVIP

Persembahan Kebudayaan dari Warisan Johor

Persembahan kebudayaan dari semua kaum 1MALAYSIA

Persembahan artis jemputan Ali Mamak dan Jalil Hamid

Peserta Larian Semarak Perisytiharan membawa Baton
Watikah Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor

Menteri Besar Johor membaca watikah perisytiharan Pasir Gudang
menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Perasmian Menara Aqabah

Aksi stunt dari Jabatan Bomba & Penyelamat turun dari
puncak Menara Aqabah sambil membawa bendera MPPG

Pancaran bunga api dari puncak menara Aqabah

Banner perasmian Menara Aqabah

Bunga api yang berwarna warni

Pancaran bunga api selama 15 minit memukau penduduk
Pasir Gudang