Tuesday, July 20, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 Kali Ke 5

Pada Ahad 18 Julai 2010, JKP Zon Air Biru 2 dengan bekerjasama JK Masjid Taman Air Biru, DeVIT Zon dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang yang terdiri dari penduduk dan jemaah masjid hadir bersama - sama membersih dan menceriakan persekitaran masjid sempena menyambut bulan puasa akan datang.

Turut hadir bersama - sama membersihkan kawasan masjid ialah Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman - Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru. Antara gotong royong yang dibuat ialah membersihkan longkang, kolam wuduk serta persekitaran dalam dan luar masjid. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket
Sedang membersihkan tingkap masjid

Photobucket
Pembersihan di dalam masjid

Photobucket
Posing selepas membersihkan longkang dan
kolah masjid


Photobucket
Bersarapan pagi

Photobucket
Berehat selepas tamat gotong royong

No comments: