Tuesday, September 13, 2011

Majlis Sambutan Merdekaya & Meraikan Bakal Haji KRT RPP1

Pada Sabtu 10 September 2011, Kawasan Rukun Tetangga RPP1 bersama dengan JKP MPPG Zon Air Biru 2 dan DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Taman Komuniti RPP1. Program ini diadakan bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Sambutan Kemerdekaan. Turut juga diadakan majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah dalam kawasan Zon Air Biru 2 yang akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi PDM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang.

Photobucket
Ucapan perasmian oleh YB Datuk M. Munusamy
ADUN Permas bagi mewakili YB Dato Seri Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Antara bakal - bakal haji & hajjah serta jemputan
yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal
haji oleh YB Datuk M. Munusamy

Photobucket
Penyampaian kepada bakal - bakal hajjah

Photobucket
Para tetamu penduduk sedang menjamu selera
sambil beramah mesra

Photobucket
Jiran Wanita KRT RPP1 yang menjadi
tulang belakang menjayakan majlis ini.

No comments: