Saturday, June 9, 2012

Program Ramah Mesra Bersama Pengarah JPNIN Johor

Pada hari Rabu 6 Jun 2012, KRT RPP1 telah menghantar seramai 3 orang pegawai KRT ke program diatas yang diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang yang dihadiri oleh. Program ini dirasmikan oleh YB datuk M. Munusamy - ADUN Kawasan Permas. Turut hadir ialah YB En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya, En. Shahrani bin Yusof, Pegawai Perpaduan Daerah JB dan En. Roslan bin Hj Hassan, Pengerak Perpaduan Parlimen PG.

Turut juga diadakan penyampain Anugerah Pengurusan KRT Cemerlang Peringkat Negeri Johor kepada KRT Taman Mawar Fasa 1, SRS Terbaik iaitu SRS KRT Zon Sentosa, Nusa Damai dan beberapa anugerah lain. Sessi dialog diadakan dipengerusikan oleh En. Rajali bin Mudin - Pengarah JPNIN Johor sendiri bagi mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh KRT dalam Zon Pasir Gudang. Majlis ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam.


Photobucket
Suasana kehadiran wakil-wakil KRT dalam
Zon Pasir Gudang

Photobucket
VVIP yang hadir dalam program ini

Photobucket
KRT Taman Mawar Fasa1 dianugerah Pengurusan
KRT Cemerlang Negeri Johor

Photobucket
Sessi dialog bersama Pengarah JPNIN Johor

Photobucket
Ketika jamuan VVIP

Photobucket
Antara wakil dari KRT RPP1

No comments: