Pada hari Jumaat 7 September 2012, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di perkarangan Blok 10,11 LPJ Flat. Hadir beramah mesra ialah YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas, En. R. Sabapathy Pengerusi MIC Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.
Selain beramah mesra sempena Aidilfitri bersama penduduk RPP1/LPJ, diadakan majlis marhaban dan potong jambul serta penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal haji sekitar RPP1/ LPJ yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini serta penyampaian kepada pelajar yang cemerlang dalam akademiknya. Majlis diakhiri dengan jamuan ramah mesra serta persembahan pancuran bunga api .
Ketibaan YB Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang
Ucapan alu aluan dari Tn. Hj. Sabran bin Awang
Pengerusi KRT RPP1 merangkap Ketua UMNO cawangan RPP1
Ucapan dari YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Antara jemputan VIP yang hadir
Para pemimpin bacaan marhaban
YB Dato' Seri sedang memotong jambul bayi
Marhaban bersama - sama
Penyampaian cenderahati kepada baka - bakal haji
Penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang
Para penduduk sedang mengambil juadah jamuan
Para VVIP juga menikmati jamuanya
Persembahan bunga api dari Persatuan Penduduk LPJ Flat
No comments:
Post a Comment