Tuesday, December 11, 2012

Kursus Pengendalian Radio SRS Peringkat daerah Johor Bahru

pada Ahad 9 Disember 2012. KRT RPP1 telah menghantar seramai 2 orang iaitu Tuan Haji Sabran - Pengerusi dan En.Khairul Fahmi - Setiausaha ke kursus diatas yang diadakan di Hotel 11@Century, Johor Bahru. Kursus ini disertai oleh SRS-SRS KRT seluruh daerah Johor Bahru bagi memberi taklimat dan tunjuk ajar bagaimana mengendalikan walkie talkie radio SRS untuk tujuan rondaan sukarela KRT. 

Setiap SRS dibekalkan sebanyak 3 set walkie talkiebagi tujuna kemudahan anggota SRS membuat laporan rondaan, makluman serta boleh mengeratkan kerjasama dan silaturahim antara semua SRS di daerah Johor Bahru. majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Rozaidi bin Ikhwan, Pegawai Bahagian Pembangunan Komuniti - SRS JPNIN Johor bagi mewakili Tuan Pengarah JPNIN Johor.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments: