Wednesday, February 27, 2013

Penyampaian BR1M Dan BR1M Bujang Fasa 1 Kelompok 2 Bagi Tahun 2013

Pada 24 Febuari 2012, KRT dan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan hari penyampaian BR1M untuk fasa 1 kelompok 2 bagi tahun 2013 yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai lebih 150 orang penerima bantuan BR1M RM500 dan BR1M Bujang RM250 untuk sekitar kawasan RPP1, LPJ Flat serta Perumahan Bakti 1 dan 2 hadir bagi mendapatkan baucer bantuan tersebut. Penyampaian ini merupakan kesinambungan dari hari pemberian BR1M fasa 1 kelompok 1 yang diadakan di Dewan Serbaguna Perjiranan 9 pada Januari 2013 yang lepas. Penyampaian ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.00 malam. Walaupun begitu kaunter penyerahan terus dibuka untuk mereka yang lewat hadir sehingga jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Para penerima sedang menunggu giliran pendaftaran
dan penyampaian BR1M

Photobucket
Pendaftaran dan penyerahan baucer kepada 
penerima

Photobucket
Ketua Urusetia BR1M sedang menyemak nama
penerima baucer

Photobucket
Jiran Wanita KRT RPP1 yang menjayakan
pendaftaran dan penyerahan BR1M

Photobucket
Penerima BR1M bujang turut menerima baucer RM250
sedang mendaftar dan menerima baucer masing-masing

No comments: