Pada Sabtu 7 September 2013, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG dan KRT RPP1 menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 25 orang peserta terdiri dari penduduk KRT RPP1 menyertai kursus ini yang merupakan perintis bagi MPPG memperkenalkan teknik-teknik penanaman, pembiakan pertanian dan sebagainya.
Turut hadir ialah Pn. Zanariah, Ketua Jabatan Landskap MPPG dan En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Kursus ini akan dijalan secara berperingkat mulai September hingga Disember 2013 dan pada kursus kali ini diajar cara pembiakan tanaman mengunakan kaedah tut, matatunas dan baji. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 1.00 petang.
No comments:
Post a Comment