Tuesday, October 1, 2013

Berkhidmat Di Program Jom Melangkah Untuk Sihat SKPG1

Pada 28 September 2013, PIBG Sek. Keb. Pasir Gudang 1 telah mengadakan program diatas yang diadakan bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Tuan Haji Sabran Awang, Pengerusi KRT RPP1 merangkap Yang Dipertua SKPG1. Sebanyak lebih 800 orang muri-murid dari sekolah berkenaan terlibat dalam program ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi pembinaan dewan sekolah memandangkan bilangan murid di sekolah berkenaan semakin bertambah dan memerlukan tempat untuk berkumpul mahupun menjalankan aktiviti. Turut hadir membantu ialah Ahli Jiran Wanita serta SRS KRT Caw. RPP1, UMNO Caw. dan Echo Rovers Crew. Selain larian turut diadakan pertandingan bolasepak, sukaneka dan cabutan nombor bertuah.








 photo 100_6290_zps97d13d0d.jpg

No comments: