Monday, December 8, 2008

Mesyuarat Agong KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 kali ke 2

Salam Perpaduan. Pada Sabtu 22 November 2008, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunanya bagi kali ke 2 bagi memilih Ahli Jawatankuasa yang baru bertempat di Balai Komuniti Rpp1. Turut hadir ialah En. Herman bin Zaki, Pegawai KRT bagi Zon 2 sebagai penyelaras mesyuarat. Dalam mesyuarat ini, En. Sabran bin Awang dipilih semula sebagai pengerusi KRT RPP1 bagi penggal ke 2. Dalam mesyuarat ini juga KRT RPP1 juga bersetuju mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kerana ianya perlu untuk mengawal dan mencegah jenayah yang berlaku di kawasan RPP1. Tahniah diucapkan kepada AJK KRT yang baru dilantik dan dilantik semula. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi untuk perpaduan penduduk di sini.

En. Sabran bin Awang mempengerusikan mesyuarat

Antara penduduk yang hadir dalam mesyuarat ini

En. Herman selaku penyelaras mesyuarat memberi
sedikit taklimat tentang SRS

No comments: