Salam Perpaduan. Pihak kami sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang kerana telah memperuntukan sebuah kabin untuk kegiatan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1. Sekian lama kawasan RPP1 ini tidak memiliki pusat untuk menjalankan kegiatan dan terpaksa menumpang di rumah - rumah penduduk di sekitar RPP1. Penduduk di kawasan ini sangat berbesar hati kerana dengan adanya kabin ini maka mempermudahkan kegiatan dibuat seperti mesyuarat, taklimat, aktiviti dan sebagainya untuk penduduk RPP1. Kabin ini dikenali sebagai Balai Komuniti memandangkan ianya dikongsi bersama antara Kawasan Rukun Tetangga, Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi, UMNO Cawangan RPP1 dan juga sebagai pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Diharap dengan adanya balai ini, kami dapat menjalankan beberapa kegiatan dan program dengan baik demi untuk kesejahteraan dan perpaduan penduduk RPP1.
Kemudahan komputer dan internet untuk mencari maklumat
dan sebagainya
dan sebagainya
No comments:
Post a Comment