Wednesday, June 10, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah JPNIN

Pada hari Sabtu 6 Jun 2009, Jawatankuasa Penyelaras KRT Zon Pasir Gudang telah mengadakan program diatas yang diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang, Majlis Ramah Mesra ini dianjurkan untuk KRT - KRT dalam Pasir Gudang beramah mesra bersama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi National (JPNIN) Malaysia YB. Dato Azman Amin Bin Hassan sempena kehadiran beliau di Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Nasir bin Mansor, Pen. Pengarah JPNIN Johor dan En. Rozaidi bin Ikhwan, Pegawai Kanan Perpaduan Daerah JB. Majlis bermula pada jam 3 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Patriotik dan persembahan kebudayaan bebilang kaum. Selain acara diatas, diadakan juga majlis perasmian halaman Blog KRT Parlimen Pasir Gudang oleh YB. Dato Azman Amin Bin Hassan ke Palimen Pasir Gudang dan penyampaian cenderahati kepada KRT Cemerlang pada tahun 2007 KRT Fasa 23&4 Taman Mawar dan 2008 KRT Perjiranan 8 Taman Air Biru, diikuti dengan sidang akhbar.





No comments: